Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.
Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.
Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.
Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.
Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.
Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela ???
Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’.
Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.
Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysian Malaysia DAP.
Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.
Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.
Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.
Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.
Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.
Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.
Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi.
Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”
Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.
Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.
Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.
Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.
Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.
Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.
Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.
Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.
Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.
Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.
Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.
Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.
Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.
Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.
Sumpah itu nanti merupakan "Sumpah Politik" je kerana ayat yang digunakan tidak lengkap atau kurang tepat. Tak pecaya, tengok lah nanti.
ReplyDeleteKalau setakat cakap "Sumpah, saya tak buat", sama lah sumpah budak2 tadika atau sumpah suami menipu isteri kerana ada skandal dengan janda berhias. Hehehe.....
ReplyDeletetapi ada yang percaya, kalo ikut logik ms sumpah saiful di pertikai segala mcm ulama pas konon dn mcm2 konon. tp percayalah walaupun sumpah anwar simple dan x menepati hukum tp lebih dpercayai oleh si kemaruk dan mengaruk politkus peeaaarrr
ReplyDelete