Sunday 24 March 2013

MENGANGA SI NUAR KENA KATOK DENGAN TUN M !!!


Mahathir bin Mohamad

Kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??