Sunday, 25 November 2012

WANITA PERKUKUH JENTERA !!! @PAU2012wanita #PAU2012


alt

Perhimpunan Agung UMNO minggu hadapan akan menjadi medan pengukuhan habis-habisan jentera Pergerakan Wanita sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Penolong Setiausaha Pergerakan itu Datuk Rosni Sohar berkata, pada perhimpunan itu juga aspek perpaduan dan disiplin dalam pergerakan turut menjadi fokus selain membawa beberapa usul memperjuangkan isu wanita, kebajikan dan masyarakat.

"Apa pun, perhimpunan kali ini adalah berkaitan pilihan raya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula 27 November hingga 1 Disember.

Persidangan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan berlangsung secara berasingan pada 28 Nov, dengan diwakili 991 anggota bagi setiap sayap.

Rosni berkata pergerakan Wanita akan mengetengahkan 13 muka baharu sebagai pembahas usul.

Wanita UMNO juga akan menurunkan wakilnya bagi membahaskan tiga usul penting pada perhimpunan agung parti tonggak Barisan Nasional itu yang akan dirasmikan pada 29 November.

Usul ucapan dasar presiden akan dibahaskan oleh Ketua Wanita Bahagian Tanah Merah Dayang Saniah Awang Hamid, usul ekonomi oleh Exco Pergerakan Wanita Senator Norliza Abd Rahim dan usul agama dan pendidikan oleh Ketua Wanita Bahagian Marang Senator To' Puan Zaiton Mat Amin. - KLPos

Untuk maklumat lanjut perjalanan sepanjang PAU2012-Wanita boleh layari laman FB DISNI.

Follow di Twitter di @PAU2012wanita


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??