Hasil siasatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati pemohonan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjadi plantif dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam, Scopene buatan Perancis pada 2002 ditolak bulat-bulat oleh makamah di Negara itu, 13 Mac lalu.
Selepas tiga hari ditolak, Peguamnya, Wiliam Bourdon sekali lagi memohon kepada makamah Peracis untuk menjadikan badan itu sebagai plantif bersekutu dengan alasan Suaram berkerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi manusia (FIDH) tetapi status permohonan tersebut masih belum diketahui.
Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib berkata, SUARAM mendakwa kononya aduan berhubung isu Scopene diterima dan makamah Perancis membenarkan SUARAM sebagai pengadu yang sah adalah satu pembohongan besar kerana pemohonannya telah ditolak.
Beliau turut mencabar SUARAM dan pemimpin pembangkang untuk menafikan fakta tersebut sekiranya pendedahan itu tidak benar.
“Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukan SUARAM dan pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut”
“Tindakan makamah Perancis menolak permohonan itu jelas menunjukan SUARAM telah cuba menipu badan kehakiman Negara itu dengan mengaku sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd. yang bermotifkan keutungan dan tidak mewakili rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang akbar disini hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Pekasa Malaysia (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid; Pegawai Kerja Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Mohd. Mustafa Hamzah.
Baru baru ini, pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel menegaskan bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlansung di Negara itu tidak berlaku seperti didakwa SUARAM.
Beliau berkata, media di Malaysia harus mendapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.
Dzulkarnain turut menyelar tindakan SUARAM yang telah mengadakan acara makan malam untuk mengutip dana daripada orang awam pada Mei atau Jun lalu kononnya bagi membiayai perbicaraan kes tersebut walupun tahu semua itu tidak berlaku.
“SUARAM telah menjual cerita bohong Scopene ini untuk mengutip wang daripada rakyat yang terpengaruh dengan penipuan mereka selama hampir 4 tahun.
“Hal ini demikian adalah fakta yang sengaja disembunyikan SUARAM, Peguam mereka dan pemimpin Pembangkang untuk menipu rakyat negara ini dan membohongi dunia dengan tujuan jahat menjatuhkan Kredibiliti kerajaan Malaysia,” Ujarnya.
- Utusan -
No comments:
Post a Comment