Tuesday, 16 October 2012

AES - PENJELASAN DARI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN JALAN !!!

Sekadar gambar hiasan


Salam subuh geng..

Ini ada respon dan maklumat berkaitan Automated Enforcement System (AES) dari Kementerian Pengangkutan.

So, jom lah kita sama-sama ambil maklum akan hal ni.


Sejak kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang. 

Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk mengelirukan rakyat. 

Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES :

Tujuan

AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan. 

Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion. 

Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).  

AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd. 

Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti. 

Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.

Isu yang ditimbulkan

• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat

• AES membebankan rakyat

• AES mempunyai banyak kekurangan

• AES perlu ditangguhkan

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. 

AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja, iaitu, speeding dan melanggar lampu merah. 

MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. 

Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.

Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain. 

JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang–undang maka negara akan hancur. 

Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ?

18 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.

AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.

Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.

Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampu trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”, “Prevention is better than cure”.


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??