Wednesday, 17 October 2012

PAS NI PAK TURUT JE - SHAHNON !!!


Penguasaan golongan Anwaris dan Erdogan dalam kepimpinan PAS menyebabkan parti itu kini menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR, kata ahli seumur hidup PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Katanya, keadaan menjadi parah apabila golongan ulama disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam.

“Ini menyebabkan oang melayu terutama ahli PAS sendiri mula mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hukum hudud dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekad lalu.” Katanya.

Pentingkan undi bukan melayu beliau berkata, perjuangan PAS sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu.

“Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan Erdogan dan Anwarinas yang agenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan pekara duniawi.

“Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini dilihat sebagai pengikut dalam pakatan,” katanya ketika bertemu BH disini semalam.

Shahnon yang juga sasterawan Negara mendedahkan kebanyakan ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti.

Katanya, kesetiaan ahli PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk parti parti itu yang banyak mengalah kepada DAP dan PKR.

“Saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita selesaikan.

“Malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesame Muslim dan bukanya Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya,” katanya.

- Berita Harian -


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??