Wednesday 7 November 2012

KLANG BANJIR - WABAK PENYAKIT BARU DIKESAN !!!



Belum ada penyakit bawaan air dikesan di kawasan yang dilanda banjir di Johor, Perak, Selangor dan Melaka setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Katanya, antara penyakit berjangkit yang mesti diawasi orang ramai pada musim banjir ialah penyakit tangan, kaki dan mulut; demam kepialu; denggi; leptospirosis serta penyakit kulit.

Kementerian Kesihatan menugaskan 31 pasukan kesihatan dan 28 pasukan perubatan di kawasan yang dilanda banjir dan setakat ini dilapor merawat lebih 100 pesakit, katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Kesihatan Bandar Botanic, Bukit Tinggi, di sini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak bermain dalam air banjir yang mungkin dicemari kuman mengakibatkan penyakit.

Mengenai kompleks bernilai RM39 juta tersebut, Tiong Lai berkata, selain klinik kesihatan dan pergigian, kompleks itu turut menempatkan Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor. – BERNAMA

Psssttt... penyakit baru yang dikesan adalah yang telah merebak dikalangan pemimpin pakatan haram di Selangor... sejenis penyakit baru iaitu; "fobia rakyat". Ini adalah kerana puak pakatan haram tengah menyorok dari rakyat... takut duit habis bantu rakyat yang dilanda banjir !!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??