Friday, 25 January 2013

BILA ROCKERS ATHEIS CUBA TARBIAH ROCKERS ISLAM !!!

Salam to all...

Selalu sangat kita dengar puak Kristian tarbiah orang Islam untuk murtad. 

Kali ni gua nak share satu story member gua ni, ni kisah benar yang berlaku keatas member gua baru-baru ni.

Kisah seorang yang tiada pegangan agama (Atheis) dengan member gua yang beragama Islam.

Ni cerita betul pasal aku, aku ada sorang kawan. Dia ni tidak beragama (Atheis) dan dia ni tak makan daging. Tiba-tiba tadi siang masa lepak minum kat Bukit Bintang, saja-saja sembang dengan dia pasal perang di Palestin dan negara Arab lain. Sedang aku rancak bercerita lepas tu dia slow je tanya aku...


"Ko tau tak kenapa kat Arab tu asyik perang?"


Aku cakap... 

"Banyak sebab, sebab berbeza fahaman, kuasa, pengaruh, dendam bla... bla... bla..."

Pastu dia cakap.. 

"Ko tau tak sebab agama lah punca perang ni jadi. Kalau semua orang kat dunia ni tiada agama, takkan jadi perang salib, takkan jadi syiah bunuh sunni. Sebab agama yang korang anut la korang jadi ego, berdendam, berperang atas nama tuhan, atas nama agama semua tu. Sebab tu la pendapat aku, lebih baik kita hapuskan semua agama. Agama ni dicipta untuk menghancurkan manusia."

Pastu dia sambung lagi... 

"Kau tengok aje la kat sini pun, pasal nama tuhan pun korang nak gaduh-gaduh... lawak la... tengok macam kami (golongan atheis), kami takde tuhan... takde nabi... takde syurga, neraka... tak perlu nak sakit hati macam korang bila orang kutuk nabi korang, pinjam nama tuhan korang." 

Tudiaaa... Terkejut aku bila dia cakap macam tu... Sampai macam tu sekali dia fikir... No wonder la boleh jadi atheis. Pastu aku cakap la kat dia... 

"Habis tu kau ingat orang yang takde agama ni tak berperang ke ? Korang tak ego juga ke ? Masa zaman nabi Adam dulu sampai sekarang pun terjadi perang. Binatang pun berperang juga untuk makan or dapatkan territory. Cuma beza kita ngan binatang kita diberi akal untuk berfikir"

Lepas tu aku ambil majalah Metal Hammer yang aku baru beli, then aku kipaskan kat muka dia dan aku tanya dia..


"Haaa... ni apa ?"


Dia jawab...

"Tu buku la..."

Adoi...

"Bukan buku ni, yang dihasilkan oleh buku ni bila aku kipas-kipas kat muka kau"

Dia jawab...

"Owh... Ini angin la... hahaha..."

Aku terus tanya... 

"Kau boleh nampak tak angin ?"

Dia jawab... 

"Memang la tak boleh, kenapa ? Kau boleh nampak ke ?"

Aku kata... 

"Tak nampak la sebab angin tu TAK WUJUD"

Pastu terus dia cakap... 

"Eh, apehal pula kau cakap angin tak wujud, habis tu yang sampai rambut aku bergerak-gerak yang ko kipas ni apa ?"

Aku terus cakap... 

"Habis tu, kau tak nampak, tapi kau boleh percaya ada angin pula ? Hahaha... So sama la macam tuhan aku, memang la tak boleh nampak, tapi dengan akal yang kita ada, kita boleh fikir yang tuhan tu wujud. Macam juga benda ghaib like makhluk halus, jin. Kau pun pernah tengok orang kena rasuk jin kan ? Macam dalam cerita Exorcist tu. Takkan orang yang kena rasuk hantu tu sebab kena litar pintas or terlebih telan vitamin ? Betul tak...?"

Pastu member aku tu gelak dan dia kata

"Alaa kau ni Carlos, releks la... jangan la emo pulak..." 

Aku cakap...

"Eh... Mana ada aku emo, aku rileks je ni... eleh... tadi masa mula-mula pun kau emo gak pasal perang tadi... hehe..."

Dia pun gelak lagi... Aku tambah lagi...

"Ok lah, ni aku nak cerita sikit, masa zaman dulu sebelum adanya Al-Quran, semua orang termasuk yang tak beragama percaya yang bumi kita ni flat (mendatar). Tapi bila turun saja Quran, ada satu ayat dalam Quran yang ada sebut - dan sesudah itu, bumi itu dihamparkan atau dijadikan berbentuk telur (geo sfera/bulat)" 

Dia tanya pula...

"Betul ke ? Ayat yang mana satu ?" 

Aku jawab...

"Aku tak ingat ayat yang ke berapa, tapi yang aku ingat surah An-Nazi... Aku ingat nama surah tu sebab perkataan Nazi tu la... Tapi surah tu bukan cerita pasal Nazi German tu... hahaha... Cerita pasal kejadian bumi, kiamat dan cerita pasal Firaun... ko google je lah"

Aku sambung lagi...

"Kalau korang (atheis) ni cakap Al-Quran ni Muhammad yang reka-reka, kalau fikirkan balik, Nabi Muhammad tak pernah pun jejak kaki ke Mesir, dia tak pernah tengok pun Piramid. Tapi dalam Quran ada sebut yang piramid tu diperbuat dari tanah liat. Sekarang ni baru saintis percaya yang batu-batu piramid tu sebenarnya asal dari tanah liat." 

Kata member aku ni...

"Biar betul..." 

Pastu aku cakap kat dia...

"Kalau kau tak percaya pun pada tuhan or agama, tapi aku suggest la kau baca kat internet pasal Fakta Sains dalam Al-Quran. Best... At least boleh tambah ilmu kau... Google jer..."

Pastu aku terus ubah cerita lain pulak... (tak best pun cerita lepas tu)

Kiriman dari Abg Carlos...

So, kesempatan yang ada ni, gua nak tolong promote la sikit ye cuz member gua yang dalam cerita ni salah sorang band member yang akan perform, kalau ada yang minat tu... datang la.


Lokasi: Beatnik, Pandan Indah (dekat MPAJ. 
Boleh naik LRT turun stesen Pandan Indah)
Tarikh: 10 Febuari 2013 (Ahad)
Masa: 1 tengah hari - hingga habis.
Tiket: RM10 saje

List Band:
KEBULUR
KISS THE FALLEN
ART OF TEARS
DICKTRACY
SILENTDRA
HEGYRA
REXXAR
SHADOW CHILD
OVERRATE
WE COME FOR THE RESCUE
TRAGIC AWAKENING
KNUCKS



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??