Sunday 17 March 2013

KHALID GAGAP REMBAT DUIT BAIKPULIH JALAN !!! PENDUDUK KAJANG MENGAMUK !!!



Kejadian tanah mendap di Kilometer 20, Jalan Sungai Tekala berhampiran Empangan Semenyih pada 30 November tahun lalu masih menjadi mimpi ngeri mereka yang terlibat.


Dalam kejadian yang melibatkan lima orang termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun yang menaiki kenderaan masing-masing itu terperosok ke tanah mendap sedalam 100 meter.

Walaupun tidak melibatkan kehilangan nyawa, kejadian itu wajar dijadikan iktibar kepada pihak bertanggungjawab agar mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Apa yang mengecewakan setelah empat bulan berlalu, sehingga kini tidak ada sebarang tanda kerja-kerja baik pulih dilaksanakan pihak bertanggungjawab.

Dalam tempoh itu jugalah penduduk sekitar Semenyih terpaksa menggunakan laluan alternatif lain berikutan bimbang dengan keselamatan mereka.

Utusan Malaysia difahamkan, memandangkan laluan itu sehingga kini masih ditutup pengguna dari Hulu Langat yang ingin ke Semenyih terpaksa keluar ke Lebuhraya Cheras -Kajang yang jaraknya agak jauh.

Seorang penduduk, Bariah Ahmad, 51 meminta kerajaan negeri supaya segera memperbaiki jalan tersebut demi keselesaan pengguna.

"Saya sering menggunakan jalan ini untuk urusan harian ke Kuala Lumpur. Kejadian berlaku pada akhir November lalu dan sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak bertanggungjawab,"katanya ketika ditemui semasa tinjauan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahagian Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz ke lokasi terlibat, di sini hari ini.

Sementara itu, Johan berkata, kegagalan kerajaan negeri melakukan kerja-kerja baik pulih jalan tersebut sekaligus memberi gambaran tidak prihatin terhadap rakyat.

Menurutnya, berdasarkan semakan jalan tersebut terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Kerajaan Pusat di bawah bajet Sistem Maklumat Jalan Raya Malaysia (Maris) telah menyalurkan peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih jalan terlibat, soalnya ke mana peruntukan itu pergi.

"Sehubungan itu, saya minta kerajaan negeri memberi penjelasan tentang perkara ini,"katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Hulu Langat itu juga berkata, telah banyak aduan dikemukakan penduduk sekitar berhubung masalah itu.

"Ini termasuklah kaum Cina yang bakal menyambut perayaan 'Chin Meng' pada akhir bulan ini yang bimbangkan keselamatan apabila melalui jalan tersebut untuk menziarahi kubur keluarga masing-masing di Taman Peringatan Nirwana," katanya.

Tambah Johan, purata kenderaan yang melalui jalan ini adalah 200 buah sehari dan ketika perayaan tersebut jumlah kenderaan dijangka meningkat puluhan ribu. - Utusan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??