Sunday 17 March 2013

TERKINI !!! KITA PERTAHAN NEGARA KITA - TUN M TIBA DI LAHAD DATU !!!


tun m felda sahabat

Jam 3.30 petang tadi Editor dimaklumkan wartawan FeldaVoice yang berada di sana bahawa Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah tiba di Felda Sabahat.


Tujuan kunjungan Tun Dr Mahathir di Felda Sahabat hari ini adalah untuk meninjau perkembangan ‘Ops Daulat’.

Beliau dilaporkan diiringi oleh Pesuruhjaya Sabah, Datuk Hamza Taib.

Beliau dibawa ke Dewan Semai Bakti di Desa Kencana yang menempatkan anggota pasukan keselamatan kita disana.

“Kita sendiri yang akan pertahankan negara kita..”, itulah antara kata-kata semangat Tun M yang diluahkan dalam pertemuannya bersama anggota keselamatan di Dewan Semai Bakti, Felda Sahabat, Lahad Datu.

Dengan kehadiran Tun M, sedikit sebanyak menyuntik semangat anggota kita.

- feldavoice.com -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??