Thursday 17 November 2011

PANAS !!! DUIT BANTUAN UNTUK PELAJAR DICUKAI PIHAK SEKOLAH !!!!


I4TT baru dapat maklumat terdapat sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan yang Guru Besarnya totok PAS telah buat pencukaian sebanyak RM50 bagi setiap pelajar melalui duit bantuan kerajaan kepada pelajar-pelajar sekolah. Kononnya pencukaian duit berkenaan untuk membayar duit PIBG. Siapa guru besar Sekolah Kebangsaan Dato' Keramat II ???


Petang tadi sewaktu lawatan YAB TPM di Wilayah Persekutuan, Pemuda BN dapat slot untuk memanggil NGO-NGO Belia bersama dalam sessi dialog bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Mereka berpeluang bertanya terus kepada YAB TPM dan dijawab terus oleh beliau.


Apabila persoalan berkaitan duit bantuan kepada pelajar sebanyak RM100 yang dicukai oleh pihak sekolah sebanyak RM50, nyata YAB TPM amat kecewa dan terkejut dengan sikap sekolah berkenaan. YAB TPM menegaskan bahawa duit bantuan itu adalah untuk pelajar tanpa sebarang pemotongan yang dibolehkan oleh mana-mana pihak termasuk pihak sekolah walaupun 1 sen. 


Kepada ibubapa, harap maklum. Duit bantuan itu hendaklah dituntut sendiri oleh Ibubapa atau penjaga sahaja. Duit bantuan itu disalurkan melalui akaun BSN sekolah dan diagihkan secara tunai kepada pelajar sebanyak RM100 tanpa kurang 1 sen pun. Duit itu juga tidak digalakan diberikan secara terus oleh guru-guru kepada para pelajar. Jawabnya habis la duit berkenaan di Mc'D, KFC, Cyber Cafe atau silap-silap ke slot gaming haram.


Juga kepada ibubapa yang mungkin tidak tahu, yuran PIBG bukanlah wajib. Pihak sekolah mahupun PIBG tidak boleh memaksa pelajar membayar yuran berkenaan. 


I4TT tak kisah la kalau puak-puak PASpispus nak makan duit anak orang kaya. Tapi kalau duit anak orang susah, mana tahu pelajar tu anak yatim ke.. tanggung la dosa tu. I4TT juga sedar yang puak-puak PASpispus ni sudah kebal. Dosa pahala dah letak tepi. Tapi tak kan lah sampai nak ambil duit pelajar yang KERAJAAN BN bagi !!!! Yuran PIBG RM10 sahaja.. kenapa ambil sampai RM50...!!! Melampau sangat ni... I4TT tegaskan... walau 1 sen pun duit bantuan RM100 tu tidak boleh kurang sampai ke tangan Ibubapa !!!!


Thanks pada sahabat I4TT yang share info : Kome Sokmo

3 comments:

  1. guru besar tu Muslim ker?

    ReplyDelete
  2. GB nya muslim atau tak... dia tak berhak nk buat pemotongan tnpa persetujuan ibubapa tersebut. Jika arahan kena serah dlm jumlah yg ditetapkan, maka ikutlah aja arahan. Yuran PIBG konon... entah2 masuk poket sendiri.. PIBG cover aja...

    ReplyDelete
  3. salah info ni. GB sekolah ni orang Islam, berasal dari Kelantan dan merupakan penyokong kuat kerajaan ( org kelantan pun ramai yg menyokong umno ). Saya kenal beliau kerana isteri saya mengajar di situ dan anak saya pun belajar di situ. Dlm program yg dihadiri oleh ibubapa, beliau selalu menjelaskan dasar2 kerajaan yang diputarbelit oleh pembangkang.

    GB dan YDP PIBG hanya mencadangkan agar parent yg terima rm100 terus buat bayaran rm30 utk PIBG/sekeluarga) dan rm20 utk pembelian buku wajib. Sesiapa yg setuju, resit pembayaran akan diberikan. Ramai yang setuju buat bayaran dan cuma ambil rm50 dan ada juga yang nakkan rm100. so, yang nak rm100 tu sekolah berikan rm100 lah. in fact saya pun ambil rm100.

    Mmg betul jugak pendapat GB tu. duit rm100 tu kalau keluar je dr pagar sekolah, mmg mudah la nak habis. so, baik bayar siap2 nanti masuk sekolah tak perlu bayar lg. Selama ini, byk sekolah menghadapi masalah ibubapa tak bayar yuran wajib dan diakhir tahun PIBG lah yang selalu tolong bayarkan. ini fakta yg mungkin ada ibubapa yg tak tahu. ( tp mulai tahun depan kerajaan akan bayarkan yuran wajib ini ). walaupun yuran pibg tak wajib, tapi dana ini banyak menyumbang kepada aktiviti2 yg disertai anak2 kita di sekolah.

    kesimpulannya tiada penyelewengan berlaku di sekolah datuk keramat 2. mungkin ibubapa ada yg tak faham bahawa cadangan GB dianggap sebagai arahan. terus terang saya kasihan dgn GB tersebut. selama ini mmg beliau kuat mempertahankan dasar2 kerajaan walaupun ada cakap2 belakang dari guru2 yg menyokong pas.
    (60% guru2 disini berasal dari kelantan). semoga Allah memudahkan segala-galanya utk beliau.

    maaf kalau panjang sgt komen ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??