Friday 25 January 2013

2 MAUT DIHEMPAP POKOK UNTUK BEREKREASI !!!



Hajat dua beranak berjoging di taman rekreasi Hutan Lipur Cherok Tok Kun seperti hari-hari sebelum ini tidak kesampaian apabila mereka maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang menimpa kereta dinaiki di Jalan Hutan Lipur Cherok Tok Kun di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Tan Sai Lang, 70, dan anak perempuannya, Heng Lee Liew, 44, yang memandu kereta Proton Satria mati di tempat duduk masing-masing.

Dua beranak itu keluar dari rumah di Taman Permai Indah pada pukul 6 pagi dan jarak antara rumah mangsa dengan taman rekreasi tersebut ialah kira-kira 6.5 kilometer.

Tragedi itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari taman rekreasi tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas memotong bumbung kereta.

Anak lelaki bongsu mangsa, Heng Lih Hwang, 40, berkata, ibu dan kakaknya kerap keluar berjoging di taman rekreasi berkenaan jika ada kelapangan.

"Saya tidak sangka mereka pergi dalam keadaan yang menyayat hati seperti ini," katanya sedih ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Kosmo!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??