Thursday 24 January 2013

KARPAL SINGH MAMPU UBAH KEJANTANAN PUAK PAS ?!!



Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu. 

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin kepada Utusan Malaysia.

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. 

Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. 

Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh Nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah ??? 

Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap ??? 

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR ???

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR ??? 

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak ???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??