Wednesday 30 January 2013

SEORANG LAGI USTAZAH MEE SEGERA LAHIR DARI RANCANGAN REALITI "HOLY BOOK READING" !!! NIK AJIZ BANGGA !!!


Betina sial bernama Mislina tu yang dalam bulatan merah.

Pada 27 Januari 2013, satu sesi yang dikenali sebagai ‘Holy Book Reading’ telah diadakan di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang oleh satu 'kumpulan bebas' yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Kevin. 

Objektif sesi tersebut adalah untuk mempromosikan kefahaman antara agama-agama lain, yang boleh dikatakan sebagai satu usaha yang baik, jika dianjurkan dengan betul.

Namun, apakah yang mereka maksudkan dengan konsep 'kefahaman' jika mereka sendiri tidak benar-benar faham akan agama mereka sendiri. 

Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka yang terlibat, Mislina Mustaffa, pelakon kelas-D yang sering diselubungi kontroversi, pernah mengakui bahawa beliau tidak tahu apa erti sebenar Islam - bagaimana Mislina mahu membuatkan orang ramai faham sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu ???



Adakah ini salah satu percubaan untuk membuatkan orang Islam marah, dan untuk mempromosikan prejudis dan seterusnya konflik antara agama dan juga kemusnahan ???

Seperti yang kita dapat lihat, mereka yang terlibat pernah menyertai beberapa demonstrasi sebelum ini dan mereka mempunyai kaitan dengan SUARAM, sebuah organisasi yang dikaitkan dengan agensi-agensi asing yang terlibat dengan misi transformasi rejim di seluruh dunia. 

Jadi, terdapat kemungkinan bahawa sesi ini mungkin adalah satu rancangan besar untuk mengubah kerajaan, dan dunia.

Mungkin ada yang bertanya mengapa orang Islam begitu paranoid terhadap perkara seperti ini ???



Bagi umat Islam yang benar-benar patuh kepada ajaran agama, mereka tahu bahawa jika perbincangan terhadap soal agama ditafsirkan secara salah, perkara ini boleh menimbulkan bencana.

Al-Quran tidak ditulis oleh manusia biasa, segalanya datang dari Allah SWT. 

Perkara ini dapat dibuktikan apabila segala apa yang terdapat dalam Al-Quran, tentang alam semesta sebagai contoh, telah tercatat lebih awal daripada bila fakta tersebut dijumpai oleh para saintis. 

Al-Quran mengingatkan umat islam tentang bagaimana orang Yahudi akan sering bermusuhan dengan Allah dan Islam, seperti mana yang dapat kita lihat dengan keadaan kini - di Palestin dan dunia secara amnya.

Berlainan dengan kitab-kitab agama lain, Al-Quran bukanlah kitab yang menceritakan tentang masa lalu, Al-Quran menceritakan tentang keadaan sekarang dan juga masa hadapan sejak ianya diturunkan, untuk digunakan sebagai panduan untuk umat.

Jadi, Al-Quran perlu digunakan secara baik dimana, untuk menyentuh Al-Quran, seseorang itu perlulah memakai pakaian yang sopan dan berwuduk.

Dari segi pemakaian Mislina sendiri pada sesi tersebut, kita dapat lihat bagaimana beliau tidak tahu akan adab untuk menyentuh Al-Quran. 



Jadi, apakah yang disampaikan beliau tentang Islam ???

Islam mengiktiraf agama-agama lain dan Al-Quran menyeru agar umat Islam menghormati agama-agama lain. 

Namun, ini tidak bermaksud bahawa Islam adalah sama seperti agama-agama lain kerana ianya membawa maksud bahawa Allah dan juga tuhan bagi agama-agama lain adalah sama.

Apakah yang cuba dilakukan oleh 'kumpulan kecil Mislina' ??? 

Siapa yang cuba mereka mainkan ??? 

Rakyat ??? 

Diri mereka sendiri ??? 

Tuhan ???

Kepada mereka yang terlibat, Pluralisme bukanlah agama. 

Mungkin mereka tidak faham akan perkara ini.

Jadi, aku mencadangkan agar badan-badan Islam supaya membantu golongan yang menggelar diri mereka sebagai umat Islam ini, ajar mereka supaya faham akan maksud sebenar Islam. 

Laporan penuh himpunan "Holy Book Reading": KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??