Tuesday 29 January 2013

HUBUNGAN ISTIMEWA BTN DAN ABIM DIBONGKAR !!! KSN JADI ALAT PELEPAS NAFSU !!! @NajibRazak


Farid Shahran- Mantan Timbalan Presiden ABIM

KEBIMBANGAN  Biro Tata Negara (BTN) diresapi budaya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), pertubuhan yang mendokong perjuangan Anwar Ibrahim dilihat makin menjadi kenyataan dan akhirnya orang-orang ABIM mula menguasai BTN ketika ini malah beberapa blog termasuklah laman sosial yang melaporkan sebelum ini bahawa BTN telah dijadikan alat untuk menggembalikan bekas-bekas pemimpin ABIM di arus perdana politik tanahair dengan memberikan tempat-tempat strategik kepada mereka dalam BTN mula membuktikan laporan-laporan sebelum ini adalah benar belaka.

Kalau sebelum ini didedahkan bagaimana BTN telah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah kononnya untuk program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di lima buah sekolah rendah di Sabah, kini kepimpinan tertinggi BTN sedang membuat penstrukturan semula bagi mewujudkan 'post-post' dengan Gred yang lebih tinggi daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedia ada dan difahamkan tempat-tempat ini akan diisikan oleh sebahagian besar oleh bekas-bekas ahli ataupun pemimpin ABIM.

Manakala Pengarah-Pengarah Negeri, Cawangan ataupun Bahagian dalam BTN akan terus kekal dengan Gred gaji sedia ada tanpa kenaikan ataupun penurunan jawatan tetapi di atas mereka akan wujud satu 'post' baru yang Gred 52 sebagai Pengarah kepada Pengarah sedia ada.

Patutlah selama ini begitu bersungguh-sungguh orang-oarang ABIM diberikan tempat sebagai 'fellow' ataupun 'fasilitator' di BTN, ada agenda lain rupanya !!!

Kepada semua Pengarah Negeri dan Cawangan yang sedia ada, eloklah kiranya semua berhenti berharap kerana Gred tinggi yang dimomokkan sebenarnya akan diisi oleh rangkaian ABIM dan 'resume' rangkaian ini telah pun berada di atas meja Ketua Pengarah dan sedang menanti masa yang sesuai untuk dilaksanakan dan semua Pengarah-Pengarah Negeri, Cawangan serta Bahagian, anda semua akan terus menjadi pacal yang hina dina di bawah pemerintahan seorang Raja.

Cukup-cukuplah berharap untuk naik pangkat !!!

Salah satu jawatan khabarnya akan diisi oleh bekas ahli atupun pemimpin ABIM termasuklah berkemungkinan besar Ahmad Fairuz yang mendapat peruntukan RM 1 juta bagi program kayuhan basikal akan diangkat untuk mengisi salah satu jawatan Pengarah Bahagian di BTN.

Kisah RM 1 Juta Ahmad Fairuz ini menarik, walaupun diberikan peruntukan sebanyak itu oleh BTN tetapi pihak BTN Negeri turut membayar program tersebut dan barangkali hasil dari lebihan itulah kumpulan Ahmad Fairuz ini memilih untuk bercuti di Thailand.

Gerakan penstrukturan semula BTN ini dilihat sebagai satu bentuk 'grand design' terancang yang berselindung di sebalik nama transformasi jawatan dan untuk menghalalkan gerakan ini berbagai-bagai program dilaksanakan dengan menggunakan nama Ketua Setiausaha Negara termasuklah Amanat KSN baru-baru ini.

Perhimpunan yang sepatutnya menjadi agenda Jabatan Penerangan ataupun pejabat KSN sendiri telah diambil alih oleh BTN dan jelas BTN semakin tersasar dari misi dan visi penubuhannya.

Apakah agenda di sebalik program Amanat KSN ini ???

Kalau kita lihat betapa gigih dan bersungguhnya pasukan JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan untuk membetulkan pemikiran rakyat yang dipesongkan oleh pembangkang, BTN yang diketuai oleh Raja Arif pula dilihat lebih kepada berusaha untuk mengukuhkan kedudukan sebagai penjawat awam, mengejar pangkat dan jawatan, hasilnya tidak sampai beberapa tahun di BTN, Raja Arif telah dapat JUSA A dan Timbalan-Timbalannya mendapat kenaikan Gred gaji dalam masa yang begitu singkat.

Barisan ABIM di BTN

BTN sepatutnya menganjurkan kursus, seminar dan yang bertepatan dengan misi penubuhannya sudah tidak dilihat begitu sejak Raja Arif menjadi Kepala di agensi ini.

BTN dilihat lebih mempromosikan program-program peribadi, menggunakan 'secret fund' sewenang-wenangnya. 

Dan bila kita melihat gerakannya, beliau dilihat cukup rakus baik di saat mahu mendapatkan jawatan itu ataupun setelah berjaya sebagai Ketua Pengarah.

Di saat beliau mahu mendapatkan jawatan ini dan ini kalau benarlah seperti yang didakwa kita cukup kecewa dan perlu berhati-hati dengan gerakan ini apabila ada yang mengatakan (kita harap ini tidak benar) bahawa sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah BTN, seminggu  Raja Arif menyelinap masuk bermalam di bilik kediaman di Akademi Kenegaraan dengan bantuan Hanafi Harun, ini sesuatu yang pelik dan tidak mungkin ada Ketua Jabatan lain berperangai seperti itu.

Selepas dilantik Ketua Pengarah BTN, beliau dikatakan beria-ia menggunakan semua sumber dengan mendesak supaya diberikan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato dan persoalan ditimbulkan adakah pengurniaan gelaran itu mengikut Peraturan Penjawat Awam kerana semua penjawat awam lain dianugerahkan darjah ikut peraturan, cadangan dari KSN dan jawatankuasa berkaitan ???

Apakah Raja Arif mengikut peraturan ini, merujuk kepada KSN hingga beliau dapat anugerah itu dari Kerajaan Melaka ???

Wajah-wajah yang mencari `nyawa' dengan KSN

Belum cukup setahun jadi Ketua Pengarah dengan Gred JUSA C (Ketua Pengarah agensi lain tak standing dengan beliau), gerakan mengukuhkan kedudukan jawatan dan Gred diteruskan dengan melibatkan KSN dalam beberapa program yang beliau anjurkan, akhirnya dengan kehebatan beliau, KSN melalui KPPA melulusakn beliau untuk JUSA A.

Kita belum dedahkan lagi pertemuan beliau dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Raja Arif dilihat cuba menghalalkan semua perbuatannya dengan melibatkan KSN di dalam program-program peribadi beliau dan setelah diasak dengan berbagai-bagai pendedahan salah laku pihak pengurusan seperti yang didedahkan oleh blog-blog sebelum ini termasuklah program-program politik peribadi beliau, Raja Arif cukup bijak untuk men'divert'kan isu sebenar dan KSN dijadikan tempat beliau melindungi segala-galanya.

Sebagai politikus didikan Anwar, beliau sudah diajar untuk 'divert isu' dan tutup segala pengkhianatan dengan menggunakan "ultimate command dan endorsement" dari pihak yang lebih 'superior', kalau boleh guna nama Perdana Menteri dan kalau tak boleh guna pula nama KSN.

Ini taktikal biasa dalam permainan begini.

Kita melihat dalam isu Raja Arif ini, mungkin PM tidak ingin memberi kerjasama, lantaran itulah KSN yang dijadikan mangsa dan sebagai Ketua Pengarah agensi kerajaan dan juga ahli politik (satu-satunya Ketua Pengarah Agensi yang diberikan keistimewaan), beliau  dilihat cuba mempolitikkan segala-galanya termasuk kedudukan serta pengaruh.

Kita tidak tahu apa agenda sebenarnya Raja Arif yang begitu kalut sekali mempergunakan KSN ini ???

Adakah beliau mahu KSN juga akhirnya melibatkan diri dalam politik dan bertanding jawatan Ketua Bahagian ???

Kalau agenda Raja Arif ini tidak betul pada pandangan mata dan tidak sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Pengarah BTN, kita minta kepada semua Ketua-Ketua Jabatan lain, Pegawai Khas KSN, Pemangku KPPA supaya jangan membenarkan KSN dijadikan "punching beg" untuk terus dijadikan alat oleh Raja Arif.

Jika kita tidak berhati-hati dan terus memberi izin untuk KSN diperalatkan dalam program Raja Arif ini, ianya akan menyebabkan ramai penjawat awam makin marah dan matlamat untuk memastikan sokongan padu penjawat awam dalam PRU13 nanti musnah dan hancur berkecai.

Pendedahan lanjut : BACA SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??