Wednesday 23 January 2013

PAS DAN ZINA BINI ORANG TAK DAPAT DIPISAHKAN !!! LAGI PENDEDAHAN ADUN PAS REMBAT BINI PEKERJANYA !!!



Asal dengar cerita rembat bini orang ni, mesti WA terbayang satu parti yang amat sinonim dengan rembat merembat bini orang ni. 

Dari kes bilik 121, Din Puduraya, kes koch vip KTM komuter, kes encik Perupok yang hilang handphone dan tak terkecuali berita panas terbaru... rembat bini pekerja sendiri.

WA sebenarnya malas nak SPIN isu rembat merembat bini orang ni, sebabnya dari dulu walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat, sampaikan ada yang berani bersumpah dengan nama Allah sambil menjunjung al-Quran yang suci. 

Namun masih ada yang tetap percaya kepada penafian semata tanpa perlu si tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah dengan mengangkat sumpah.

But at last, WA ambil keputusan untuk SPIN juga isu ni kerana WA dah jumpa dengan bekas suami di mana isterinya sendiri telah diramPAS oleh seorang YB Adun Celako. 

Ehh.. YB Adun mano hok CELAKO tu?

Lu orang jangan risau la.. ni story bukan reka-reka, bukti-bukti dari jabatan tertentu sudah ada dalam tangan, malah story dari orang-orang yang berkenaan pun kita dah dengar.

Ikuti kisah di bawah :-

PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah oleh penyokong tegar mereka & disembah di puja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai oleh mereka melainkan pemimpin PAS.

Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS di Terengganu apabila dia menceritakan bahawa dia telah di khianati oleh YB adun ladang, malahan menjadi mangsa dengan keadaan yang teramat sedih & menderita apabila isterinya telah dirampas oleh YB PAS tersebut.

Apa berlaku kepada penyokong tegar PAS ini apabila isterinya telah ditawarkan untuk bekerja kepada YB PAS Adun Ladang ini bagi menjaga isteri adun tersebut yang sedang Sakit ketika itu kerana komplikasi penyakit darah tinggi pada September 2011.

Selama 6 bulan isteri kepada penyokong tegar PAS ini berulang alik ke rumah YB PAS adun Ladang tersebut bagi menjaga isteri YB, tetapi apa yang menghairankan penyokong tegar PAS ini apabila isterinya sanggup ke rumah YB tersebut walaupun pada waktu malam dengan alasan YB panggil untuk melihat isteri YB yang memerlukan khidmatnya.

Apa yang lebih sedih & kejam apabila dia diberitahu YB PAS adun tersebut pernah dilihat berada di rumahnya bersama isterinya ketika dia tiada di rumah & dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Nasib yang lebih malang bagi pengikut tegar ini apabila isteri YB PAS adun ladang tersebut meninggal dunia, tetapi isterinya masih lagi berulang alik ke rumah YB PAS adun ladang beracap kali tanpa memberitahu suaminya, menyebabkan penyokong tegar PAS ini bergaduh dengan isterinya.

Akhirnya, isteri penyokong tegar ini menuntut fasakh di mahkamah, kerana tidak mahu menanggung dosa isterinya yang curang penyokong tegar PAS ini telah menceraikan isterinya & terbukti selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB PAS adun ladang tersebut, sehingga kini penyokong tegar PAS ini menanggung derita & rasa amat terhina dengan perbuatan isterinya serta merasa teramat aib dengan masyarakat.

Dia sungguh tidak sangka seorang YB PAS yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seorang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & hina.

Sumber : PaperWaris

Psssttt... cerita pada poster tu... sabarrrr... hahaha...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??