Friday 7 December 2012

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP RASUAH AKAN DIPERBETULKAN - @NajibRazak !!!



Malaysia akan terus memerangi rasuah dan memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam mesej terbaharu Tweeternya Khamis malam berkata: 

"Malaysia meningkat enam tempat lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah, menjadikan kita tempat ketiga dalam kalangan negara Asean. Kedudukan yang akan sentiasa kita perbaiki."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Transparency International mengenai kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam CPI tahun ini iaitu kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.

Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.

Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara Asean, iaitu di belakang Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??