Friday, 7 December 2012

SAAT BERSEJARAH #PAU2012 !!! @NajibRazak @pau2012wanita






Salam to all...

Perhimpunan Agung UMNO 2012 telah pun berlalu.

Namun, satu-satunya memori PAU2012 yang tidak mungkin akan dilupakan seumur hidup adalah saat lagu Warisan - Anak Kecil Main Api dinyanyikan didalam Dewan Merdeka.

Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh Saudara Ariff Yasir Bin Zulkafli wakil Kelab UMNO Luar Negara (Tokyo).

Walaupun beliau hanya menyanyikan 2 baris dari lagu berkenaan tetapi kemudiannya disambung oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruldin Amiruddin hingga habis lagu berkenaan dinyanyikan bersama para perwakilan yang hadir.

Itulah saat bersejarah PAU2012 di hari Jumaat, iaitu hari kedua persidangan G7.


Lagu ‘Anak kecil main api’ cukup bermakna dalam perjuangan orang Melayu khususnya UMNO satu ketika dahulu. 

Ada antara perwakilan menitiskan air mata menghayati lirik lagu itu.

Arif Yasir juga turut hiba dipentas dengan suaranya tenggelam timbul tidak dapat meneruskan nyanyian tetapi Badruldin meneruskan lagu bersama perwakilan.

Di luar dewan, orang ramai yang mengikuti persidangan melalui skrin besar turut bersama-sama menyanyikan lagu tersebut dengan pernah semangat.

Pelajar berasal dari Pokok Sena dan kini menuntut di Tokyo, beberapa kali mencuit hati perwakilan dengan ucapan spontan dan caranya bercakap.

Perwakilan kerap memberikan tepukan terhadapnya.

Beliau turut menunjukkan pasport serta membaca peraturan di lampiran pasport itu yang sah digunakan untuk mana-mana negara kecuali Israel.

“Bangganya saya jadi anak Malaysia kerana kita tegas tidak mengiktiraf Israel dan kekejaman mereka,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ketegasan tersebut.

Beliau turut memuji tindakan Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada beberapa negara luar yang ditimpa musibah dan peperangan.

Ini termasuk usaha membawa pulang anak-anak Malaysia tanpa kira fahaman politik keluarga masing-masing ketika negara tempat mereka belajar bergolak.

“Tak kira depa anak sapa, sokong sapa, semua depa pakat bawak balik,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau mencadangkan golongan muda atau belia sepertinya yang berada di luar negara terus diberi ruang dalam perhimpunan UMNO akan datang.

“Bawalah orang muda supaya ada idea sempoi,” katanya.

Beliau juga mahu ahli-ahli Kelab UMNO luar negara diserap masuk sama ada dalam Pemuda atau Puteri UMNO bagi membolehkan mereka meneruskan perjuangan parti.

Sambil berseloroh katanya, “Kami bukan nak jadi Ketua Bahagian atau CEO…kami sanggup bertatih asah bakat,”.

Diakhirnya ucapannya beliau berharap UMNO terus kekal kerana dengan perjuangan parti itu anak-anak muda sepertinya dapat meneruskan peluang belajar terutama di luar negara. 



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

1 comment:

  1. Salam bro... Mohon linkkan blog gua yang baru dibangunkan semula setelah dihack oleh Hackers Pakatan Khawarij

    www.penaminangreturn.blogspot.com.

    Blog anda telah dilinkkan ke blog kami.

    Jazakallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??