Friday 7 December 2012

KAUM INDIA HANYA RELEVAN BERSAMA BN !!!




Masyarakat India negara ini tidak boleh memisahkan diri mereka daripada Barisan Nasional (BN) jika mahu berada dalam arus pembangunan negara bersama bangsa lain.

Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata menyokong parti selain daripada BN akan menyebabkan majoriti kaum India tersisih secara perlahan-lahan daripada masyarakat progresif.

"Kaum India di Malaysia kena sedar mereka hanya relevan dengan BN yang tidak membuat janji kosong seperti pembangkang," katanya semasa berucap pada jamuan Deepavali MIC peringkat Kedah di Lunas, dekat sini malam Khamis.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, berkata masyarakat India di beberapa negeri yang kini ditadbir pembangkang, sudahpun merasai mereka dipinggirkan.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa kaum India yang kurang pendidikan di negara ini agar bersaing dengan tenaga kerja asing seperti Indonesia dan Bangladesh untuk menguasai sektor pembinaan dan perladangan. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??