Sunday, 6 January 2013

KETUA DEWAN ULAMA PAS TAK SEBULU DENGAN NIK AJIS, HADI DAN MAT SABU !!! PENGANUT PAS NAK IKUT SAPE ?!!


Datuk Harun Taib

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan untuk menggantikan “God” dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng walaupun ada pemimpin tertinggi parti itu menyokongnya.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu didakwa menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH, seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Harun berkata, penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam dan Guan Eng tidak wajar meminta agar dibenar untuk menggunakannya dalam Bible Bahasa Melayu.

“Saya memang kata tak boleh, penggunaan kalimah ALLAH untuk orang Islam sahaja. Saya menegaskannya seperti sebelum ini saya sudah bercakap dan tak akan berubah.

“… Lim Guan Eng minta perkataan “God” ditukar menjadi kalimah ALLAH memang tak boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online dengan nada tegas.

Isu kalimah ALLAH ini turut mendapat perhatian Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan Pas celaru dalam menentukan pendirian berhubung isu tersebut kerana terdapat pencanggahan di antara pemimpin tertinggi.

Harun bagaimanapun berkata, kenyataan Mat Sabu masih belum didengarnya dan isu berkaitan masih belum sampai kepadanya.

“Kenyataan Mat Sabu saya masih belum dengar daripada beliau sendiri dan masih belum sampai kepada saya,” katanya apabila ditanya mengenai kenyataan Mat Sabu di dalam sebuah portal berita terhadap isu itu. – Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??