Thursday, 31 January 2013

KALIMAH "ALLAH" DITEMUI PADA LAMPIN PAKAI BUANG BAYI !!!


Salam to all...

Aku dapat email minta aku sebarkan pasal gambar (seperti diatas) ni.

Ok, first aku cerita dulu pasal gambar ni ye.

Gambar ni adalah gambar lampin pakai buang jenama Chicco.

Dan kalau lampin pakai buang atau kita panggil pampers tu, bahagian atas tu kan jarang (transparent) sikit dan imej atau tulisan tu pun boleh kita nampak dari belakang.

So, dikatakan terbentuk perkataan Kalimah 'ALLAH' dalam bahasa jawi dari bentuk grafik 'icco', sebahagian dari nama Chicco tu.

Perkataan tu juga boleh kita tengok dari imbasan refleks cermin.

Pengirim gambar ni minta disebarkan kepada semua umat Islam.

Ok, itu cerita gambar ni.

Sekarang aku nak cerita pula tentang penemuan aku.

Al-maklumlah, aku bukannya ada baby dan tak ada sebab kalau aku nak ke department baby atau kanak-kanak di shopping kompleks.

Hehehehe....

So, aku pun buat lah sikit carian dengan bantuan 'proffesor google', 'proffesor yahoo', 'proffesor avgsearch' dan apa sahaja yang seangkatan dengannya.

Dari apa yang aku jumpa lepas muzakarah dengan semua professor berkaitan ni lah, aku tak jumpa pula pasaran lampin pakai buang jenama Chicco ni yang dipasarkan dalam Malaysia.

Yang aku jumpa jenama Chicco yang masuk dalam Malaysia cuma barangan seperti baby-chair, high-chair, baby carseat, baby walker, stroller baby, baby buggy dan lain-lain barangan yang bersifat peralatan bantu-gerak atau support aide untuk bayi dan kanak-kanak sahaja.

Selain jualan store, Chicco pun ada buat jualan atas talian (online).

Cumanya, diorang ni tak ada store (cawangan/branch) khas dalam Malaysia.

So, kalau siapa-siapa ada maklumat lampin pakai buang berjenama Chicco ni dipasarkan di Malaysia, boleh la komen sikit kat bawah atau kalau malu and segan email je la kat aku.

Mungkin kalau ada pun, yang membuat tempahan melalui belian atas talian atau mungkin juga lampin jenama ni ada dipasarkan di Malaysia cuma aku yang tak tahu sebab tak ada baby.

Hahahaha....

Ok, sekarang aku nak sembang pula kesimpulannya.

Insiden ini mungkin benar, syarikat Chicco ini sengaja mereka-bentuk design logo jenama mereka berbentuk tulisan grafik yang jika diterbalikkan akan membentuk perkataan 'ALLAH' dengan niat menghina agama Islam.

Atau... Ini mungkin sekadar satu kebetulan yang tidak mereka sedari.

Walauapapun, jika kita sebagai umat Islam telah pun dapat tahu perkara macam ni, eloklah kita berhenti guna lampin pakai buang ni untuk baby kita dan bertukarlah kepada jenama lain.

Boikot sajer !!!

Banyak lagi jenama lampin pakai buang yang ada dalam pasaran di Malaysia ni.

Kalau dah tahu tapi masih menggunakannya, tak tahulah aku nak kata apa kan...

Sendiri mau ingatlah bai...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??