Friday 25 January 2013

ORANG MELAYU WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT - HASSAN ALI !!!


hassan-ali

Hari ini (semalam), Datuk Dr Hassan Ali menjadi panel untuk Forum Perdana dalam Program Gerak Himpun Maulidur Rasul di Bukit Mertajam dan sempat ditemuramah wartawan.

Hassan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), juga bekas Naib Presiden PAS didalam wawancara bersama wartawan menggesa orang-orang Melayu agar tidak memberikan sokongan kepada parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

Hassan Ali menegaskan bahawa orang Melayu perlu menolak PAS kerana PAS pada hari ini telah lari dari matlamat asal dan mereka bersekongkol dengan pemimpin tertinggi DAP; Lim Guan Eng dan Karpal Singh, yang membantah idea dan penubuhan negara Islam.

Beliau juga turut menggesa agar orang Melayu menolak Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dan Lim Kit Siang, Penasihat DAP kerana kedua mereka ini menolak hudud serta dasar membangunkan ekonomi orang Melayu.

Dengan menjangkakan PRU-13 akan berlangsung dua bulan dari sekarang, ianya tempoh masa yang amat kritikal untuk orang Melayu terutamanya Melayu di Pualau Pinang, menurut Hassan.

Beliau turut menyeru agar semua orang Melayu menolak dan tidak memberikan sokongan kepada PAS, DAP dan PKR.

Hasan memberitahu, kandungan Buku Jingga juga sudah cukup untuk memperlihatkan perancangan pembangkang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jelas didalam Buku Jingga tidak memperjuangkan konsep negara Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kebimbangan dan kerisauan Hassan Ali terhadap nasib kaum Melayu, terutamanya di Pulau Pinang ini tidak harus dipandang sepi dan remeh.

Sumber : SGB


1 comment:

  1. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dia sedar.... Ada hikmahnya Allah tarik nikmat yg dikurniakan pdnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??