Tuesday, 29 January 2013

TOKONG@JOSEPH LIM GUAN ENG WAJAR DITAHAN DIBAWAH ISA KERANA HASUTAN AGAMA DAN PERKAUMAN !!!



Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keEsaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. 

Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. 

Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar ???

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama ??? 

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. 

Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.


1 comment:

  1. aku sokong 100% patutnya dah lama pihak berwajib mengambil tindakan kepada mana2 golongnan atau individu yg suka memainkan isu sensitif.Ini tidak asyik menyalahkan atau meletakkan t.jaawab ke bahu org lain kononnya bukan bidang kuasanya....jadi isu2 sensitif sampai bila2pun tak akan selesai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??