Saturday 26 January 2013

AL-FATIHAH !!! KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT TERCAMPAK ATAS JALAN DALAM KEMALANGAN !!!



Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal jenis Yamaha LC yang dinaiki bersama dua abangnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 7, Jalan Pasir Panjang-Tanjung Agas di sini semalam.

Kejadian pukul 7.05 pagi itu mengakibatkan Muhammad Faiskandar Abd. Karim, 3, yang duduk di dalam raga motosikal tercampak di atas jalan sebaik kenderaan ditunggang abang sulungnya, Marzuki, 17, merempuh kereta yang diletakkan di tepi jalan tersebut.

Difahamkan, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan untuk menghantar abang kedua mangsa, Muhammad Fazal, 11, ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas di sini.

Muhammad Fazal cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan manakala Marzuki pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang Marzuki hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah basikal sebelum merempuh kereta yang berhenti di tepi jalan.

"Mangsa yang duduk di dalam raga terpelanting dan terjatuh di atas jalan lalu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Kosmo!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??