Thursday, 31 January 2013

PAS... TAHALUF SIYASI KE BAHALUL SEJATI ???



Dalam arena politik negara ini, istilah Tahaluf Siyasi diguna pakai oleh PAS untuk bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP bagi menumbang dan memusnahkan UMNO yang mereka jadikan musuh politik.

Tapi pada saya, kerjasama PAS dan DAP bukanlah boleh dikatakan sebagai berTahaluf Siyasi sebaliknya kerana PAS itu Bahalul Sejati.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, secara ringkas Tahaluf Siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik antara Islam dan bukan Islam.

Ada dua pendapat serta pandangan para ulamak berkaitan Tahaluf Siyasi. 

Pertama, kebanyakan ulamak mengharamkan tahaluf secara mutlak.

Manakala yang kedua, sebahagian lagi ulamak mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan dan termasuk dalam urusan pemerintah dengan syarat yang paling utama, pihak Islam hendaklah dominan dalam Tahaluf Siyasi itu.

Pandangan dan pendapat yang kedua itulah yang diguna pakai PAS dalam menghalalkan hubungan kerjasama mereka dengan DAP.

Tapi persolannya, dominan dan berkuasakah PAS keatas DAP ??? 

Bolehkah PAS dianggap berTahaluf Siyasi dengan DAP jika perkara paling utama dalam pandangan kedua yang mensyaratkan pihak Islam perlu menjadi dominan tidak mampu dilaksana dan dipenuhi oleh PAS ???

Bukan sekali dua PAS menggigil ketakutan apabila disergah DAP... tapi berkali-kali.

Bukan sekali dua juga PAS senyap menikus bila ada kalangan pemimpin DAP yang melakukan perbuatan dan membuat kenyataan yang terang-terang mengguris perasaan umat Islam.

Bahkan hingga sampai kesatu tahap PAS sanggup menghumbankan perjuangan puluhan tahun mereka yang mahu mewujudkan negara Islam kedalam lubang jamban semata-mata kerana mahu menjaga hati DAP yang amat sensitif dengan apa-apa perkara yang berkaitan Islam.

Begitu juga dengan nasib hukum hudud. 

Hudud yang telah sekian lama diperjuangkan oleh PAS dan sering pula dijadikan senjata untuk menghentam UMNO kini hanya menunggu masa untuk turut sama dihumban kedalam lubang jamban kerana DAP dari dulu hingga kini tetap konsisten menolaknya dengan keras.

Tanda-tandanya sudah pun boleh kita lihat apabila Setiausaha Agung PAS pernah mengatakan walaupun PAS mendapat suara mutlak untuk memerintah negara, undang-undang hudud bukan agenda utama yang akan dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

Adakah membuang perjuangan untuk mewujudkan negara Islamn bukan satu kerugian pada PAS ???

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan PAS amat takut kepada DAP... tapi dengan muka tak tahu malu, pemimpin-pemimpin PAS masih tetap mengatakan mereka berTahaluf Siyasi dengan DAP dan DAP juga kononnya tunduk patuh kepada mereka.

Pencacai tegar mereka boleh lah pemimpin PAS kelentong dan bodoh-bodohkan kerana kita tahu tahap pandir pencacai tegar PAS bukan calang-calang. 

Mereka akan mengiyakan sahaja semua kata-kata pemimpin mereka hinggakan kalau Nik Aziz mengatakan butir-butir tahi kambing yang bewarna hitam itu elok dimakan untuk membersih hati nescaya tahi kambing amat sukar untuk ditemui dinegara kita kerana habis kesemuanya ditelan pandir-pandir didalam PAS.

Tapi umat Islam lain yang yang celik akal dan tahu menilai mana yang salah dan mana yang benar takkan boleh mereka bodoh-bodohkan.

Sekilas pandang mereka sudah tahu bahawa selama ini PAS bukan berTahaluf Siayasi dengan DAP... tapi kerjasama itu terjalin semata-mata kerana PAS sebenarnya Bahalul Sejati.

Dan hanya Bahalul Sejati sahaja lah yang tergamak untuk melelong agamanya demi sedikit keuntungan politik didunia.

Apa pun... itulah Tahaluf Siyasi gaya alagaPAS...


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??