Friday 25 January 2013

NYAWA DAP DAH SAMPAI PENGHUJUNG !!! PEMBERONTAKAN DARI DALAM !!!



Seorang pengerusi Democratic Action Party (DAP) cawangan di negeri ini membidas barisan kepimpinan parti tersebut kerana didakwa mengamalkan pemerintahan kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis mendakwa, corak pemerintahan pemimpin utama DAP itu boleh dilihat melalui keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.

“Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya iaitu masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada 'Autocratic Action Party' atau AAP,” katanya.

Richard berkata, DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti kerana DAP seringkali berkata mengenai soal 'bersih' di luar gelanggang sedangkan rumah sendiri kotor.

Justeru, katanya, beliau yang telah lama berada dalam DAP meminta supaya pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

Sehubungan itu juga beliau membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung perkara itu selepas mendapat persetujuan dengan ahli DAP yang bersetuju dengan tindakan tersebut.

Dakwanya, laporan kepada ROS adalah kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti berikutan tindakannya. – mynewshub


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??