Monday 28 January 2013

ALASAN NASHA DIPECAT BUKAN KERANA MURTAD TETAPI KERANA "MERUGIKAN PARTI" !!! BODDO PUAK PAS NI !!!



SEPERTIMANA seluruh rakyat Malaysia maklum, Ustaz Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS ini telah pergi ke Gaza mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Misi Kemanusiaan Ke Gaza.

Kesan dari tindakan beliau mengiringi Perdana Menteri itu telah pun dijangka oleh seluruh rakyat Malaysia kerana perkara sebegini pernah berlaku sebelum ini.

Pada Ogos tahun lalu, Ustaz Nasha juga turut bersama Dato’ Sri Najib di Mekah dan berita itu telah mengejutkan kepimpinan PAS.

Ketika itu hangat dalam semua perbincangan arena politik tanah air tentang hasrat PAS dan juga desakan sahabat sekatil PAS didalam Pakatan (PKR dan DAP) untuk memecat Ustaz Nasha.

Namun pada September ketika mesyuarat Majlis Syura, isu Ustaz Nasha tidak dibincangkan langsung demi menjaga ego politik PAS yang dikecam hebat ketika itu.

Tetapi pada hari ini, nampaknya PAS sudah tidak dapat menahan sabar dan amarah lagi apabila buat kali kedua Ustaz Nasha dilihat bersama Dato’ Sri Najib ke Gaza pula.

Ketika tersebarnya berita pemergian Ustaz Nasha ke Gaza bersama Dato’ Sri Najib, rakyat Malaysia telah pun berteka teki akan untung nasib Ustaz Nasha sebaik pulang ke tanahair.

Nampaknya ramalan ramai telah menjadi kenyataan. Ustaz Nasha digugurkan keanggotaannya dari Majlis Syura PAS.

Didalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu, Majlis Syura telah memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasha.

Keputusan itu dibuat dengan alasan kononnya Ustaz Nasha telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS mengikut laporan Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013.

Nik Muhamad Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS mengatakan bahawa selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Ustaz Nasha ‘merugikan parti’.

Gelagat Ustaz Nasha kebelakangan ini juga juga dikatakan kononnya telah menimbulkan suasana yang keroh dikalangan ahli-ahli parti, menimbulkan fitnah bagi jemaah dan bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti.

Itulah alasan pengguguran Ustaz Nasha yang diberikan Nik Muhamad kepada Harakah pada 25 Januari yang lalu.

Walaupun digugurkan dari anggota Majlis Syura, Ustaz Nasha masih kekal dalam PAS sebagai ahli biasa sahaja menurut Nik Muhamad.

Nampaknya keputusan Majlis Syura hanya menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasha sebagai ahli Majlis Syura dan ‘belum tiba masanya’ Ustaz Nasha digugurkan dari PAS.

Mungkin ada hikmahnya pengguguran Ustaz Nasha dari Majlis Syura ini supaya tindak tanduk Majlis Syura dimasa akan datang yang bertentangan dengan Islam, busuknya tidak akan melekat kepada Ustaz Nasha.

Ramai yang menjangkakan Majlis Syura akan carca marba dan hilang arah selepas pengguguran Ustaz Nasha memandangkan hilangnya satu suara lantang yang akan memperbetulkan kesilapan PAS.

Mungkin juga Majlis Syura akan membuat pusingan U-turn bagi isu kalimah Allah ? Siapa tahu, mungkin juga.

Nampaknya, Ustaz Nasha telah mengikut 50% jejak langkah Datuk Dr. Hassan Ali kerana dipecat dan digugurkan tanpa diberikan peluang membela diri.

Dimanakah terletaknya hak orang yang dituduh sedangkan didalam hudud pun setiap yang bersalah dibenarkan membuat pembelaan.

Dimanakah keadilan Islam didalam PAS ?

Manakala alasan bahawa Ustaz Nasha digugurkan kerana ‘merugikan parti’ tentunya agak pelik kerana Ustaz Nasha digugurkan dari Majlis Syura dan bukan parti (PAS).

Nampaknya benarlah telahan ramai bahawa perjuangan PAS hari ini hanyalah bersandarkan kepada perjuangan parti yang bersifat duniawi dan bukanlah demi Islam !

Sumber : SGB


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??