Wednesday, 30 January 2013

VIDEO : USTAZ OMAR KHALID AKUI BELIAU BERTANGGUNGJAWAB TABUR MINYAK ATTAR ATAS PUSARA KORBAN MEMALI !!!


PAS terkenal dengan perangai menggunakan ayat Al-Quran mengikut konsep untung dan rugi. 

Sebab itu PAS guna ayat suci separuh-separuh yang mana hanya memberi untung kepada mereka. 

2 baris ayat diatas ini adalah ungkapan Ustaz Kamal Saidin, Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Terengganu.

Semasa Forum Isu Kalimah Allah dan Amanat Haji Hadi - Menyesatkan Ummah, Ustaz Kamal antara panelis yang dijemput.

Selain Ustaz Kamal, Dr Fadhlan Mohd Othman, Timbalan Rektor MEDIU dan Ustaz Ahmad Fauzan, Pengerusi ILMU turut sama sebagai panelis jemputan.

Forum berkenaan dimoderatorkan oleh Saudara Mohd Nazmi Rosli, Bekas Setiausaha PKR, dan berlangsung pada 20hb Januari 2013 sejurus selepas tamatnya Seminar Nusantara Islam Di Asia Tenggara - Cabaran Dan Harapan.

Aku cukup berbangga kerana diberikan peluang oleh pihak penganjur untuk turut sama berada didalam dewan forum dan mendengar segala pendedahan ini dengan telinga aku sendiri dan oleh kerana bukti videonya telah ada, maka eloklah aku kongsikan dengan korang semua.

Semasa forum berlangsung, Ustaz Kamal membuat pendedahan mengenai penipuan dalam isu mati syahid di Memali. 

Ustaz Kamal telah membuka lagi satu penipuan yang mana ada dikalangan orang PAS mendakwa terdapat bau wangi di atas kubur orang yang mati selepas isu Tragedi Memali. 

Video rakaman semasa forum dibawah mendedahkan segalanya !!!

Kini semuanya telah terbongkar. 

Apakah kita boleh terima penipuan seperti ini. 

Apakah penasihat agama bagi kerajaan Terengganu ini berbohong ??? 

Ataupun Haji Hadi kena beri sebab kenapa ianya berlaku pembohongan dari beliau ??? 

Bagaimana pula dengan Mat Sabu ??? 

Dengar dengan teliti dan jelas apakah ini kita mahukan dari seseorang yang bergelar ULAMA ??? 

Aku rasa malu jika ianya satu pembohongan PAS yang selama ini mengutip wang hasil dari kematian ini kerana ianya seperti satu pengkhianatan bagi semua umat Islam di sini. 

Subha'nallah.........!!!!!!!!!!!!



Bagaimana dengan hal korban Memali yang ditanam tanpa dimandikan dan dikapankan kerana amanat Hadi kononnya menentang UMNO (Kerajaan) mati mereka adalah mati Syahid. 

Inilah yang menyebabkan Hadi takut nak tarik balik amanat tersebut kerana sebenarnya korban Mamali adalah korban yang sia sia saja. 

Apakah Hadi akan gali kubur berkenaan dan mandi dan kafankan kembali jenazah korban ini ??? 

Adakah Hadi akan menanggung dosa dosa ini ???

Siapa yang nak bertanggungjawab atas kematian 14 orang yang meninggal dunia dalam peristiwa memali wahai Hadi ?!!!

13 orang tidak dimandikan dan dikafan mengikut syariat, hanya seorang sahaja dikebumikan mengikut syariat kerana dihantar jenazahnya pulang kepada keluarga di Alor Star. 

Almarhum Ustaz Omar Khalid akui bahawa dia yang bertanggungjawab menabur minyak attar di pusara mangsa Memali setiap kali selepas Subuh. 

Pengakuan ini dibuat sebelum beliau meninggal dunia kepada Ustaz Kamal dan Almarhum Ustaz Omar Khalid turut memohon agar Ustaz Kamal menyampaikan permohonan ampunnya kepada seluruh umat Islam.

Fikir-fikirkanlah wahai seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya penganut-penganut PAS !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??