Monday, 28 January 2013

YB DS SHAHIDAN KASSIM DIFITNAH SERTAI PAS !!!

dssk pas kedah

Bekas Menteri Besar Perlis yang juga ADUN Tambun Tulang, YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, baru-baru ini telah menjadi satu isu kontroversi dalam arena politik tanahair.

Gossip kontroversi menyatakan bahawa Dato’ Seri Shahidan bakal melompat parti dari UMNO ke PAS digembar-gemburkan di media maya (blog).

Ini berikutan gambar Dato’ Seri Shahidan yang diletakkan didalam kain rentang program “Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu”.

Yang membuatkan perkara ini menjadi satu kontroversi adalah Dato’ Seri Shahidan turut digandingkan bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek di dalam program yang dianjurkan oleh PAS Kuala Kedah.

Bagaimanapun, desas-desus berkaitan isu lompat parti dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dato’ Seri Shahidan namun mengakui mendapat jemputan untuk menghadiri program berkenaan.

“Saya tak pernah kata nak lompat parti,” tegas Dato’ Seri Shahidan.


Dato’ Seri Shahidan turut menegaskan bahawa beliau adalah seorang pejuang dan tidak akan sesekali berpaling tadah dan meninggalkan parti keramat orang Melayu ini (UMNO).

“Orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat ? Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai PAS seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog,” tegas Dato’ Seri Shahidan.

“Ianya bukan isu dan tidak wajar dijadikan isu. Majlis wacana ilmu itu dikenali sebagai wacana perdana, menampilkan saya selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ia bukan program politik,” tambah beliau.


dssk-pas-kedah2

Walaupun Dato’ Seri Shahidan mendapat jemputan untuk turut sama terbabit didalam program wacana perdana itu, namun beliau tidak dapat hadir kerana kesuntukan masa memandangkan beliau akan berangkat ke Gaza pada keesokan harinya.

Beliau mendapat jemputan berkenaan program tersebut melalui teks pesanan ringkas (SMS) dan turut memaklumkan kepada penganjur akan ketidakhadiran beliau atas komitmen lain (keberangkatan ke Gaza).

Mengulas lanjut, Dato’ Seri Shahidan turut memaklumkan bahawa pekara ini didalam pengetahuan Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Besar Perlis.

Malah, beliau menyifatkan jemputan berkenaan tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihanraya (PRU-13).

Dato’ Seri Shahidan turut menambah bahawa pada dasarnya beliau tidak keberatan untuk berada di pentas yang sama dengan pemimpin PAS atau anjuran PAS sekalipun, tambahan pula jika ianya program yang berbentuk ilmiah asal sahaja diadakan ditempat terbuka atau umum dan bukan didalam markas parti politik (PAS).

Seperti yang umum ketahui, Dato’ Seri Shahidan adalah antara pemimpin yang suka kepada program-program berbentuk ilmiah.

Maklumbalas yang diterima dari Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, majlis ilmu itu sememangnya bertujuan mendapatkan perbezaan pandangan antara parti politik utama di negara ini dan Ridzwan turut berterima kasih kepada Dato’ Seri Shahidan kerana sempat berkongsi sedikit pandangan dengan Ridzwan melalui panggilan telefon selama 10 minit.

Menurut Ridzwan, pihaknya memilih Dato’ Seri Shahidan kerana mahu mendapatkan pandangan seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam isu berkaitan.

Dari perkembangan terbaru ini, jika dilihat dari sudut yang positif, PAS dan UMNO dapat bekerjasama dan bertukar pandangan apabila melibatkan hal ehwal Melayu dan Islam.

Semoga lebih ramai pemimpin PAS dan UMNO dapat bersikap terbuka terutama pemimpin tertinggi PAS dan membuang ego politik duniawi demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Sumber : SGB


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??