Thursday 24 January 2013

AHLI DAP UGUT KELUAR PARTI JIKA PEMILIHAN CEC TIDAK DILAKUKAN SEMULA !!!



DAP dijangka kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya terus bersikap angkuh dengan tidak mempedulikan rintihan ahlinya supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Bekas Timbalan Pengerusi Cawangan Taman Megah, Lee Chee Cheng berkata, sungguhpun ramai ahli telah bangkit menyuarakan rasa keraguan mereka terhadap isu 'silap' kira undi, kepimpinan tertinggi hanya sekadar bersikap sambil lewa.

"Mereka ini sungguh bongkak dan besar kepala selepas menang Pilihan Raya 2008, kali ini DAP akan kalah teruk dan puncanya ialah kerana keangkuhan sendiri.

"Saya pasti ramai lagi ahli akan bangkit untuk memastikan DAP kalah kali ini demi memberikan mereka pengajaran. Ini bukan parti demokratik tetapi parti anak-beranak," katannya.

Chee Cheng sebelum ini telah membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 14 Januari selepas menyedari terdapat unsur manipulasi dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sumber : Uruk Hai


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??