Sunday 6 January 2013

TERKEDU HADI KENA SOUND DENGAN RAIS !!!


Rais Yatim

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membidas Presiden PAS kerana mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu pengharaman Amanat Haji Hadi.

Rais berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya tidak berdolak-dalik mengenai isu itu dengan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanat berkenaan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 telah memutuskan bahawa Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip dakwah Islamiah.

“Beliau (Abdul Hadi) sepatutnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukan mencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, tindakan Presiden PAS mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu Amanat Haji Hadi mencerminkan Abdul Hadi bertindak membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Justeru, katanya, Abdul Hadi yang melanggari keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berhadapan dengan ummah dan majlis fatwa itu sendiri.

Justeru beliau menyeru umat Islam supaya berfikir dan menolak pemimpin tertentu yang cuba menyeleweng fakta atau yang cuba menipu rakyat.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah. – mynewshub


1 comment:

  1. Pasal membelit,putaralam,dan lain2putar memang kerja ULAMAKPOSPASSSS!mereka dah lupa 3tanda orang munafik!pasal berdalil bukan main lancar macam air terjun!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??