Monday, 14 January 2013

PAKATAN HARAM AKUI KEMENANGAN KRISTIAN MENJADI KEBANGGAN PAKATAN !!! PAS GILO !!!

Jangan terkejut dengan tajuk diatas. 

Tetapi, itulah kenyataannya dan korang boleh baca sendiri aku copy paste dari website pakatan haram ni yang menyatakan betapa mereka berbangga jika Kristian menang !!!

Nampaknya, pakatan haram begitu nekad untuk menghadiahkan Kalimah Allah kepada penganut Kristian untuk digunakan dalam ajaran mereka di Gereja dan juga kitab Bible mereka.

Aku nak story panjang pun tak guna gak...

Lebih baik korang baca sendiri je la...



SETAKAT hari ini penulis menerima respon yang sangat positif dari kalangan rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan kalimah Allah ini boleh digunakan dalam gereja, kitab Bible dan sebagainya.

Rata-rata mereka menyifatkan keputusan semalam (walaupun hanya keputusan lama yang diperbaharui semula), mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dalam senario politik tanah air kerana buat pertama kalinya, perakuan PAS mengenai hal ini telah direkodkan dalam bentuk visual, audio dan bertulis.

Justeru, tidak ada alasan lagi kenapa pemimpin dan ahli PAS mahu membantah penggunaan perkataan Allah oleh pihak gereja selepas ini kerana perakuan mengenainya telah dibuat sendiri oleh pemimpin mereka, melainkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti tersebut.

Jika itu berlaku, penulis tidak rasa ada yang berminat untuk menghalang mereka dari keluar.

Misi seterusnya selepas ini, rakyat mahu Pakatan Rakyat mendesak pihak kerajaan agar meneruskan pertikaian mengenai perkara ini yang masih tergantung di Mahkamah Tinggi sejak 2010.

Yang dimaksudkan ialah, keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan pihak Gereja untuk menggunakan kalimah tersebut dalam terbitan mingguannya, The Herald, yang mana keputusan tersebut masih tergantung sehingga kini setelah hakim itu sendiri membenarkan permohonan untuk menangguhkan perlaksanaan perintah tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika kerajaan BN masih berdolak dalih mengenainya, Pakatan Rakyat perlu membantu pihak gereja mengemukakan permohonan baru di Mahkamah. 

Pedulilah sama ada pertikaian mengenai kalimah Allah di The Herald atau Bible, yang penting ada kemajuan dan keputusan yang boleh dirujuk di masa hadapan.


Respon dari beberapa orang ahli PAS yang sempat penulis temui mengenai hal ini juga sangat positif, walaupun kelihatannya masing-masing sedikit berhati-hati dalam memberikan pandangan. 

Yang penting positiflah, dan perkara ini perlu disebar luaskan kepada semua peringkat kepimpinan PAS, termasuk di kampung-kampung.

Paling penting sekarang, rakyat mahu melihat keputusan ini dilaksanakan secara praktikal, bukan hanya setakat gemilang di bilik mesyuarat sahaja.

Dengan keputusan ini juga, pihak-pihak berkenaan sudah sepatutnya boleh melaksanakan janji mereka untuk memastikan setiap penganut Kristian di negara ini hanya mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Ramai berpendapat, perakuan PAS mengenai perkara ini perlu dianggap sebagai pengorbanan suci yang memerlukan pembalasan dari setiap penganut agama Kristian dan pihak berkepentingan yang lain.

Bercakap tentang pembalasan, sudah tentulah bukan wang ringgit yang dipinta tapi undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat, termasuk dari PAS.


Masyarakat bukan Islam juga tidak usah bimbang mengenai komitmen PAS kali ini, kerana parti tersebut telah berikrar semalam akan hanya memilih calon-calon yang boleh menerima dasar pejuangan Pakatan Rakyat, tidak sekadar calon yang boleh mengimamkan sembahyang dan mengaji al-Quran seperti yang dulu-dulu.

Walaupun penulis difahamkan, bai’ah (sumpah taat setia) nya masih sama.

Apa yang berlaku pada 2010 dulu, tidak akan berulang lagi di masa hadapan. 

Itu janji PAS kepada Pakatan Rakyat dan kita menerimanya dengan baik. 

Jika sebelum ini hanya Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sahaja yang memberi perakuan, sekarang, Presiden PAS sendiri, bukankah itu sudah cukup melegakan?

Maka itu tidak salahlah kenapa Pakatan Rakyat perlu berbangga dengan kejayaan menyelesaikan pertingkaian berpanjangan antara orang Islam dan orang Kristian berhubung dengan perkara ini.

Hoitttt....!!!!!!!!!!!

Mengucap panjang aku baca artikel dari suarapakatanrakyat.com !!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??