Friday 17 August 2012

LEBAI KERA PENGANUT PAS FITNAH NASHARUDIN !!! BUKAK LA MATA OIII !!!

Nasaruddin Nafi Tinggalkan Pas, Sertai UMNO 

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menafikan sama sekali yang beliau berhasrat untuk meninggalkan PAS.

Ahli Parlimen Bachok itu juga menegaskan yang beliau tidak menyertai UMNO.

Nasaruddin berkata, perjumpaan yang beliau adakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah baru-baru ini adalah atas jemputan ulama di negara tersebut bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat meminta semua pihak agar tidak terlalu awal membuat sebarang spekulasi jahat sehingga menjejaskan kesetiaan beliau terhadap perjuangan Parti.

Nasharudin berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi.

Beberapa Pemimpin PAS sebelum ini mempertikaikan tindakan Nasharudin membuat kenyataan gesaan terhadap Parti tersebut agar keluar dari Gabungan kerjasama PKR dan DAP susulan kenyataan tegas DAP berulangkali menentang perlaksanaan Hukum Hudud.

Sumber : MyNewsHub

Nahhh... Inilah bukti PAS kuat fitnah !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??