Wednesday 22 August 2012

MANGSA TAMPIL MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN WANG KUTIPAN ZAKAT OLEH AMIL PAS !!!


Malam tadi aku sempat singgah beraya di Teluk Intan, Perak dan menemui mangsa penipuan wang zakat fitrah yang dilakukan oleh PAS Kawasan Teluk Intan.

Kes ini agak panas dimainkan di laman-laman sosial dan menarik perhatian aku untuk bertemu terus dengan mangsa yang mana kebetulan aku nak menziarahi keluarga dekat area sana.


Mungkin ada yang pernah tengok resit ni dilaman sosial beberapa hari ini, by the way hari ni aku nak bongkar penipuan puak PAS terhadap pembayaran zakat fitrah baru-baru ini dan kejadian berlaku pada 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Menurut cerita mangsa penipuan ini Saudara Amirul Zaman Bin Nasro Ali, pada malam raya tempoh hari beliau telah berhasrat untuk menjelaskan bayaran zakat.

Namun beliau dimaklumkan bahawa resit telah habis dan jika ingin membayar juga tidak akan diberikan resit.

Saudara Amirul lantas membuat keputusan untuk membayar zakat di Masjid berdekatan (Masjid Batak Rabit) sebelum solat Aidilfitri.

Pada subuhnya, beliau pergi ke Masjid bagi menjelaskan bayaran zakat.

Beliau menjelaskan bayaran zakat fitrah untuk 10 orang yakni beliau dan seluruh ahli keluarganya.

Selepas membuat bayaran berkenaan beliau diberikan resit oleh amil berkenaan seperti gambar diatas.

Resit diatas nama parti politik (PAS).

Amil PAS terbabit dikenalpasti dan bernama Haji Ibrahim.

Agak terkejut menerima resit untuk bayaran zakat fitrah diatas nama parti politik, beliau terus pulang kerumah memandangkan ada orang lain lagi yang turut mahu membayar zakat fitrah dan setibanya dirumah beliau berbincang dengan isterinya.

Mereka menelefon kepada seorang pegawai JASA dan pegawai berkenaan menasihati beliau untuk membuat laporan polis memandangkan musim perayaan (Aidilfitri) pejabat masih tutup.



Imej diatas adalah laporan polis yang telah dibuat beliau pada tengaharinya.

Salinan report ini turut dimuatnaik mangsa dilaman sosial (Facebook).

Susulan dari salinan yang dimuatnaik ini, beliau telah mendapat ugutan dan ancaman melalui laman media sosial berkenaan.

Untuk menjaga keselamatan beliau dan keluarga, beliau telah pergi ke Balai Polis semalam untuk membuat laporan berkaitan ugutan dan ancaman yang telah diterima oleh beliau dari puak-puak lebai kera PASpispus dan Pakatan Rakyat.



Hari ini, beliau akan pergi membuat aduan rasmi di pejabat Agama dan Pusat Pungutan Zakat Perak.

Bagi aku, memang sedia maklum sikap agresif dan ganas puak PAS dan Pakatan Haram.

Memang wajar Saudara Amirul membuat laporan polis bagi melindungi beliau dan keluarganya.

Bab menipu, menyeleweng dan gangsterism ni pula amat sinonim dengan puak-puak PAS terutamanya.

Ini sekaligus mengingatkan aku pada kes Tabung Memali yang diseleweng puak lebai kera PAS.

Persoalan yang amat menarik disini adalah;

1- Bolehkah parti politik memungut wang zakat fitrah ??? Jika PAS boleh pasti lepas ni DAP pun akan laju dok pungut zakat untuk dana PRU !!!

2- Layakkah PAS sebuah parti politik untuk memungut zakat tambahan pula jelas diresit "bagi pihak bendahari PAS Kawasan" ??? Jika begitu perlu untuk Pusat Pungutan Zakat ditutup dan dibubarkan kerana parti politik nampaknya lebih layak !!!

3- Apakah selama ini aktiviti pungutan derma masjid berkenaan juga masuk kedalam kantung PAS ??? Jabatan Agama perlu siasat !!!

4- Berapa ramaikah mangsa sebenarnya ???

5- Apakah ini fenomena biasa di Teluk Intan bila menjelang time membayar zakat disaat akhir ???

Video temuramah akan aku muat naik dalam masa terdekat, mungkin malam ni.

Aku sampai rumah pun dekat pukul 2 pagi dan agak penat juga dengan beronok-ronok raya ni. Hehehehe...

So, nantikan video temuramah dan juga pendedahan lanjut berkaitan kes ini, Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??