Friday, 17 August 2012

UNDANG-UNDANG BERPERANAN UNTUK MENJAGA KESEJAHTERAAN NEGARA !!! ADA PAHAM KA ?!!


Penulisan oleh Rocky’s Bru In Malaysia, it's ok to rape a minor If you're a star? pada Khamis 9 Ogos dan Anger and ire over court ruling on alleged rapist adalah dirujuk dan menyatakan ketidakpuasan dengan keputusan mahkamah. 

Adalah diharapkan ia tidak dilihat sebagai menghina mahkamah atau Yang Arif Hakim. 

Rakyat Malaysia boleh memberikan teguran atau pandangan terhadap keputusan mahkamah.

Negara Malaysia sekarang ini sedang `bergolak’ dengan isu demonstrasi Bersih yang dibenarkan oleh Mahkamah walaupun ia amat merugikan Negara dan membahayakan ketenteraman awam.

Saman kes fitnah adalah popular dan paling lumayan. 

Penabur fitnah samada individu atau media boleh terlepas daripada hukuman atas sebab teknikal dan ini mengalakkan lagi kesuburan amalan fitnah di Malaysia. 

Kes saman fitnah mencecah RM100 juta sebuah kes dan jika terdapat 5 kes fitnah, jumlah tuntutan mencapai RM500 juta. 

Peguam boleh cari makan !!! 

Beberapa bulan yang lepas, kes murtad dibenarkan dikalangan Islam menjadi isu yang besar. 

Dato Hassan Ali dan Mufti Perak menyuarakan masalah ini dengan kuat. 

Ambiga berjaya menggunakan isu kes bangsa India memeluk agama Islam dan beberapa ketika mahu kembali ke agama asal, sebagai ketidakadilan dan melanggar hak asasi manusia. 

Mahkamah bersetuju.

Kemudian Kalimah Allah menjadi rebutan penganut agama Islam dan Kristian. 

Mereka berkata Islam tidak boleh memonopoli nama ALLAH. 

Sebab penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan Kalimah ini sejak berzaman. 

Kerajaan cuba menghalang penggunaan Kalimah Allah pada agama lain, tetapi dengan kepandaian Pakatan Rakyat, ia menggunakan Tok Guru Nik Aziz dan Awnar Ibrahim berkempen bagi pihak Kristian. 

Sekali lagi Pertubuhan Kristian menggunakan Pakatan Rakyat. 

Apabila Ulamak PAS membenarkan dan merestui, Pertubuhan Kristian `test’ atau menggunakan Mahkamah untuk `reinforce’ kebenaran menggunakan Kalimah Allah. 

Walaupun di dalam proses rayuan, ia memberi gambaran kelemahan umat Islam.

Malaysia sudah menuju ke sebuah Negara yang `total’ demokrasi yang terbaik di dunia mengalahkan, contohnya, Amerika Syarikat. 

Kebebasan bersuara dan hak asasi manusia diperagongkan secara membabi buta. 

Aktiviti LBGT atau perkahwinan sejenis hendak di benarkan di Malaysia oleh NGO dan kumpulan tertentu. 

Ia mendapat sambutan baik oleh pakatan rakyat termasuk PAS !!!

PAS membisu dan membuta sahaja kerana LBGT ini ditaja (blessing) dari Ambiga, rakan kongsi pakatan rakyat di dalam `perniagaan’ Bersih 1, 2 dan 3. 

PAS tidak boleh marah sebab Ambiga menolong mereka di dalam Bersih 1,2 dan 3.

Perbuatan menghina dan menyindir Sultan / Raja Melayu di dalam penulisan atau ceramah menjadi kebiasaan. 

Yang menghairankan majoriti pengulas adalah dari penyokong Pakatan Rakyat. 

Nampaknya, mereka memang berhasrat menukar negara Malaysia kepada republik. 

Sultan / Raja hendak di tukar atau bersarakan dan mereka melantik diri mereka sebagai Presiden. 

Ada ramai yang mengidam menjadi PM atau Presiden. 

Mereka giat menyemai benih-benih kebencian terhadap Sultan / Raja. 

Pada aku dari gurauan (sindiran) Dr Maza mengenai WWW1 terhadap Sultan Ibrahim tidak patut dan digalakkan di lakukan di dalam ceramahnya secara terbuka (tidak silap dalam Debat Wacana Sinar). 

Dr Maza yang aku hormati itu hendaklah membuang `riak’ pandai berceramah dan ramai pengikut. 

Undang-undang khusus menghina Sultan / Raja mesti di buat. 

Tanyalah rakan dari Thailand yang mempunyai undang yang melindungi Sultan / Raja mereka. 

Rakyat khasnya orang Melayu mesti mendokong undang undang ini. 

Orang Cina jangan di harap sangat. 

Saya ingin melihat undang undang menghina Raja ini dikuatkuasa dan boleh di denda contohnya RM1 juta atau penjara atau sebat. 

Cuba kita banding dengan kes saman fitnah Anwar Ibrahim terhadap lawannya yang mencecah RM50 juta hingga RM100juta. 

Pada Anwar Ibrahim, kewibawaannya tercemar (walaupun beliau melakukan perbuatan itu) berkos RM50juta hingga RM100 juta. 

Sepatutnya Sultan / Raja lebih tinggi nilainya.

Pandangan aku, mengapa ia berlaku `pergolakan pergolakan’ seperti di atas di Malaysia. 

Saya berpendapat ada 3 faktor iaitu; 

1. Undang-undang tidak sempurna dan `contestable’ 

2. Barisan peguam lawan yang handal dengan pengalaman manakala peguam Kerajaan tidak cekap 

3. Yang Arif Tuan Hakim

Faktor pertama

Kemungkinan undang-undang yang digubal tidak sempurna dan mudah dipatahkan oleh para peguam Brother Anwar bin Ibrahim (BABI). 

Kes beliau menjadi tumpuan kerana kedudukan politik beliau dan melibatkankan kos tuntutan menghampiri RM500 juta (tidak sempat buat penyelidikan). 

Boleh dikatakan masa dan tenaga Mahkamah di Malaysia kebelakangan ini `terbuang’ menguruskan kes saman liwat, saman fitnah Brother Anwar bin Ibrahim, kes Kalimah Allah, kes demonstrasi Bersih 2 dan lain lain lagi.

Ini tidak termasuk Suruhanjaya demi Suruhanjaya yang ditubuh oleh Kerajaan. 

Kadang kadang aku merasa pembaziran berlaku kerana kesemua rumusan atau `finding' di tolak oleh keluarga dan Pakatan Rakyat.

Walaupun aku benci Singapura kerana bersikap `irihati’ terhadap Malaysia tetapi aku hormat undang undang Singapura. 

Prosesnya ringkas dan hukuman amat menakutkan pesalah. 

Gangster gangster tegar pun takut dikenakan hukuman. 

Mereka takut masuk lokap atau penjara Singapura. 

Apalagi ahli politik yang memfitnah pemerintah. 

Politikus tersebut akan di`disqualified’ dan dikenakan penjara dan denda besar. 

Pemerintah menang 100% kes fitnah (tidak sempat buat penyelidikan). 

Peguam Negara dan teamnya kena belajar dengan pakar undang undang Singapura. 

Biarlah dipandang sebagai Kerajaan mengawal Hakim dan Mahkamah di dalam kes kes keselamatan negara itu.

Faktor kedua

Mungkin juga para pendakwaraya Kerajaan tidak cekap dalam pengendalian kes kes tersebut. 

Manakala barisan peguam Pakatan Rakyat lebih berpengalaman, ramai, bersungguh sungguh.

Kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful baik juga untuk pengamal undang undang dan pelajar. 

Aku sebagai rakyat biasa sekarang sudah tahu hak kita. 

Polis tidak boleh ambil sampel DNA kita tanpa kerelaan kita, boleh minta tanggoh perbicaraan beberapa kali (biarpun beratus kali), boleh memohon tukar Hakim dan pendakwaraya, minta salinan polis report lawan atau kertas pendakwaaan dan pembelaan, mohon buang perkataan atau perenggan di dalam kes tuduhan atau keterangan, mohon tukar fakta, mohon masuk atau keluarkan exhibit kes, tidak salah menuduh Hakim silap, prosedur simpan barang kes yang betul dan banyak lagi pengajaran yang berguna.

Faktor Ketiga

Pemilihan Yang Arif Tuan Hakim yang salah atau kurang pendidikan atau tidak mementingkan agama. 

Sebagai seorang Islam yang dididik sejak kecil dan dilahirkan sebagai Islam, adalah dimaklumi bahawa murtad tidak dibenarkan dalam Islam dan hukuman amat berat. 

Begitu juga dalam LBGT dan Kalimah Allah dimana orang Islam termasuk Tuan Hakim perlu menolaknya atas nilai seorang Islam dan kepentingan awam selain daripada bukti-bukti pendakwaan. 

Sistem Mahkamah Malaysia diuji !!!

Aku ulangi bahawa aku tidak berniat menghina mahkamah dan para Hakim. 

Akan tetapi keputusan mahkamah yang tidak betul, boleh meruntuhkan negara kerana si demonstrasi akan terus merosakkan hartabenda awam dengan alasan mahkamah benarkan seperti Bersih 2.

(jangan beri alasan yang Polis yang menyebabkan mereka merusoh. Salehudin dan Saifuddin selalu kata gas pemedih mata serta provokasi polis yang menyebabkan mereka merusuh). 

Apa kata Tuan Hakim menjatuhkan hukaman yang berat kepada penganjur yang berarak di Dataran Merdeka kerana Kerajaan membenarkan mereka berhimpuan di Stadium Negara. 

Aku percaya.. sekali kena hukuman yang berat, mereka akan patuh dengan undang undang Negara.

Email : Nasirwise


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??