Monday 27 August 2012

SAHIH !!! KEMATIAN ALTANTUYA TIADA KAITAN DENGAN NAJIB !!! RM50 RIBU PUNCA DIBUNUH ?!!


Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya ??? 

Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya ???

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. 

Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh !!!


2 comments:

  1. MCM TEORI DARI P.I YG BARU DPT LESEN..., GELI KETIAK BACA...

    ReplyDelete
  2. I read your entry right now and I am highly surprised in a positive way by the manner you organize your blog post! Which methods do you prefer share the info that you posted a post to your site?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??