Tuesday 28 August 2012

CALON CALON YANG AKAN DIHUDUDKAN DI KEDAH !!!


Kiri kanan, depan dan belakang... Hudud masih diperkatakan.

Selepas PRU-12, Kedah ditawan oleh PAS yang kini sedang ligat membangunkan industry kelab malam hiburan dengan hidangan "chinadoll" di atas podium !!!

Namun, dimana Hudud PAS Kedah ???

Menggigit selimut hospital lah jawabnya Pak Jijan serba tak tahu andai ditanya pasal perlaksanaan Hudud di Kedah sekarang ni.

Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah. 

Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah. 

Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut. 

Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat. 

Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah. 

Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud. 

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud. 

Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik. 

Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011. 

Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan. 

Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud. 

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati. 

Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat. 

Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??