Friday, 24 August 2012

DEDAH - ASAL USUL PAS !!! EH.. BUKAN DARI KHINZIR !!! WAJIB BACA ENTRI NI !!!


Mornink and Salam geng.


Hari ni aku nak bawak korang selusuri asal usul parti PASpispus.

WAJIB untuk korang tahu supaya tidak tertipu dengan lebai-lebai kera diorang tu.

Lebai kera PAS yang tak tahu sejarah pun elok lah baca entri ni.

Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.

Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.

Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.

Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.

Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.

Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.

Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka?".

Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.

Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah Indonesia.

Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan doktrin dikalangan para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada dalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri kendara dipulau.

Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk pemerintahan.

Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.

Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.

Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya menyatu padukan rakyat.

Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.

Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.

UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.

Saat tikanya UMNO sesekali tergelincir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.

Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.

Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada nama partinya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??