Monday, 27 August 2012

AL-KISAH SEORANG SUAMI BERSEMUKA LELAKI YANG SKANDAL DENGAN BININYA SENDIRI !!! DUA-DUA HANTU !!!

Sekadar gambar penghias wajah.. Ikut suka intrepetasi korang la...

Pada aku, kisah ni agak lucu la jugak... tetapi macam aku bagitahu awal-awal tadi, ikut intrepetasi korang la yer.

Korang nak kategorikan kisah ni sebagai kisah kesian ke, kisah simpati ke haper ke, ada aku KISAH ?!!

Pada aku kisah ni agak lawak dan lucu.

Kisah 2 mamat...

Ini adalah kisah tentang seorang mamat bernama Asmin yang telah mengahwini seorang perempuan bernama S.

Asmin ni sayang amat kat bini dia ni.

Tapi, dia ni syak bini dia si S ni curang dengan orang lain.

Ini juga kisah tentang seorang lagi mamat.

Tapi mamat ni yang bernama Anu-War cukup suka bini orang.

Kedua-duanya telah mati pun dan diorang ni jadi hantu pun sudeh.

Ikuti perbualan 2 ekor hantu ni, Asmin dan Anu-War yang tak pernah berjumpa semasa hidup tetapi hanya berkenalan di alam hantu.

“Apsal kau ni asyik menggigil je?” tanya Hantu Asmin.

“Oh.. cara aku mati dulu teruk.. aku mati dalam peti ais… sejuk !!!” Jawab Hantu Anu-War sambil menggigil lagi.

“Ooo.. kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu Asmin ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye ? Apsal ko tak gi buat operation ? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” balas Hantu Anu-War.

“Dah, aku dah buat dah ! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu Asmin sayu.

“Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak nih..” gesa Hantu Anu-War.

“Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari, aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.” cerita Hantu Asmin.

“So, ko dapatlah tangkap diorang ???” tanya Hantu Anu-War penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Dalam jamban pun aku cari sambil makan aiskrim yang aku beli masa tunggu tadi... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu Asmin mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu Anu-War terdiam mendengarkan cerita Hantu A. 

Selepas beberapa ketika, Hantu Anu-War berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk ??? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi !!! BODOH !!!"

Hahahahahaha....

Cerita ini adalah rekaan yang aku edit lepas jumpa kat facebook (tak ingat kat laman mana 1)...

Tak ada kene mengena langsung dengan siapa-siapa yang masih hidup atau yang sudah Innalillah...

Kalau watak ada persamaan dan terasa, lu pikirlah sendiri !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??