Friday 31 August 2012

HADI AWANG BAKAL DIPECAT DAN DIAMBILALIH JAWATANNYA OLEH MAT SABUN 121 ?!!


Aku agak tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud). 


Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut: 

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. 

Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua. 

BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil. 

Tetapi, tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan.  

Ada kemungkinan ia terjadi begini: 

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2. 

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. 

DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. 

Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. 

Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. 

Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. 

Soal hudud pun tamat setakat itu. 

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. 

Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. 

DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. 

Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. 

Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. 

Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju. 

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia. 

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. 

Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. 

Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja. 

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. 

Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan. 

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. 

Hutang negara pun bertambah secara drastik. 

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. 

Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. 

Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. 

Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir. 

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. 

Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. 

Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. 

Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka. 

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga. 

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. 

Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini ??? 

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. 

Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan. 

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya. 

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. 

Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang ??? 

Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’


3 comments:

  1. Dah kenal dah malaikat ni dan ternyata mereka bukan malaikat malah lebih teruk dari Syaitan yg kita kenal...

    ReplyDelete
  2. Cerita dongeng zaman ini...

    ReplyDelete
  3. UMNO masih relevan justeru perlu disokong.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??