Saturday 25 August 2012

VIDEO WAJIB TONTON !!! HUDUD PUNYA PASAL PUAK PAKATAN HARAM BERPERANG SIAP KENA RAKAM - ANWAR TEPUK MEJA MENENTANG HUDUD !!!

Sebelum kita tonton video-video ni, apa kata korang baca dulu bebelan yang dibawah ni yer...

Sekarang ni Pakatan Haram masing-masing nak tunjuk hero.

Tak tahulah hero untuk laksana hudud dan hero untuk menentang hudud pun ada !!!

Dah rasa macam esok nak pilihanraya pulak... Hahahaha...


Di sebalik perbalahan berterusan PAS dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.


Menurut Anwar, undang-undang Syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“Kita menghormati hak (PAS) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang ahkbar selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk "Hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik".

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad yang meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau.

Perbalahan di antara PAS dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa Karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat sidang akhbar itu berlansung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ia bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui Pakatan Pembangkang.

“Jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya mungkin kalau PKR atau PAS setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” tegasnya..

Petikan : Utusan Malaysia

Jom tonton besi-besi (Nik Ajis tidak dapat bezakan besi dengan video) ni dulu sebelum ada mana-mana pencacai pakatan haram nak berhujah pasal Hudud !!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??