Friday, 17 August 2012

TAIB MAHMUD ADALAH YANG TERBAIK UNTUK SARAWAK DAN BN !!! TIADA YANG LEBIH LAYAK !!!


Aku mengusahakan satu projek hijau (zero effluent discharge for palm oil mill) di Sibu dan berkesempatan berinteraksi dengan businessman Sibu dan juga pegawai Kerajaan Sarawak. 

Negeri yang amat luas ini amat sukar untuk dibangunkan lebih lebih lagi apabila tiada peruntukan. 

Kerajaan Negeri terpaksa membuat `priority list’ untuk mengariskan projek projek yang perlu dijalankan menurut kepentingan dan bajet.

Majoriti ahli perniagaan dan orang muda bangsa Cina yang saya temui tidak menyokong Taib Mahmud dan BN. 

Sebab utamanya Taib Mahmud telah terlalu lama berkuasa. 

Taib Mahmud juga dikatakan (dituduh) kaya raya hasil rasuah dan menopoli perniagaan. 

Taib Mahmud (dituduh) gemar `menebang pokok balak’ atau anugerah lesen membalak dan tidak mengurus hutan dengan baik.

Semasa menghadiri sebuah seminar di Bintulu, terdapat agensi kerajaan telah memberikan penerangan mengenai tugas jabatan dan kejayaan yang telah diperolehi. 

Aku terperanjat dengan jabatan perhutanan Sarawak, Natural Resource dan 2 lagi agensi berkaitan yang mengurus hutan Sarawak dengan baik. 

Tahniah !!! 

Aku ingin menyatakan Taib Mahmud dan BN amat beruntung kerana pegawai pegawai Kerajaan adalah penyokong kuat Taib Mahmud dan BN. 

Mereka tahu dan percaya kepada usaha usaha Kerajaan memelihara hutan. 

Mereka perlu melakukan banyak lagi ceramah dan seminar di Semananjung Malaysia untuk menyatakan kebenaran. 

Tidak banyak maklumat kejayaan ini disalurkan di alam maya. 

Kerajaan Sarawak perlu atur strategi `pemutihan’ maklumat mengenai hutan Sarawak. 

Seminar tersebut mengubah presepsi aku tentang Taib Mahmud dan beliau harus terus menerajui Sarawak untuk menghabiskan program kehijauan di Sarawak.

Aku ingin berkongsi maklumat dengan rakyat Sarawak dan Malaysia khasnya bahawa Taib Mahmud adalah symbol kestabilan di Sarawak dan ia penting kepada BN.

Pakatan Rakyat mengimpikan perletakan jawatan Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri. 

Jika ini berlaku ia akan menjadi batu loncatan untuk kemusnahan atau keruntuhan BN. 

Cina Sarawak yang berbilang `dialek’ amat kaya raya dan mempunyai empayer tersendiri. 

Mereka ini kaya raya hasil dasar perniagaan dan liberalisi Taib Mahmud dan Kerajaan Sarawak.

Siapakah yang sesuai mengantikan Taib Mahmud di Sarawak ??? 

Pada aku, ramai yang berkelayakan di Sarawak seperti Abang Johari dan Awang Tengah. 

Tetapi mereka tidak mempunyai satu peluru iaitu kekayaan serta `networking’ meluas. 

Andaikata Abang Johari atau Awang Tengah mengantikan Taib Mahmud, ahli ahli perniagaan Cina yang kayaraya tidak akan `respect’ kepada pemerintah kerana Ketua Menteri baru tiada wang dan kekayaan. 

Perbincangan dan rundingan serta keputusan sukar dilaksanakan kerana `no respect’ dari ahli perniagaan. 

Ketua Menteri baru tidak boleh mengawal ahli perniagaan Cina ini dan ini memudahkan keruntuhan BN di Sarawak. 

Pada hakikatnya hanya Taib Mahmud dan anaknya akan mendapat `respect’ daripada ahli perniagaan Cina.

Jesteru itu, BN harus tahu keadaan di Sarawak dan hanya pada ketika BN amat kuat di Malaysia, Taib Mahmud boleh bersara. 

Jika Taib Mahmud masih sihat, beliau perlu bertindak sebagai Ketua Menteri Kanan (seperti di Singapura). 

Sebaiknya anak Taib Mahmud dilantik menggantikan ayahnya. 

Ramai rakyat akan kata kroni, tetapi ia adalah terbaik untuk Sarawak dan BN.

Email dari : Nasirwise


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??