Thursday 23 August 2012

GANGGUAN BEKALAN AIR SEKITAR PETALING !!!


Lebih 15,000 pengguna di sekitar kawasan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip berukuran 600 milimeter yang pecah di SS9/15 dan Seksyen 1, Petaling Jaya hari ini.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), gangguan melibatkan beberapa kawasan di SS9, Seksyen 4, Jalan Templer, Jalan 51A dan SS7, Kelana Jaya.

Selain itu, antara kawasan lain yang turut terlibat ialah dari SS12 hingga SS19 Subang Jaya, U1 Glenmarie dan Taman Carey, Seksyen 1 Petaling Jaya.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat, bagaimanapun menurut kenyataan itu, Syabas memerlukan sedikit masa untuk meningkatkan paras jadual air kolam terlebih dahulu sebelum dapat menyalurkannya kepada pengguna.

"Bagi mengurangkan beban kepada para pengguna, pihak Syabas telah mengambil langkah proaktif dengan menghantar bekalan air menerusi lori tangki ke kawasan yang terlibat," menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan menggunakan air dengan berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip dan bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my.

- Siasah -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??