Tuesday 21 August 2012

PAS TIADA HAK PERTIKAI FILEM TANDA PUTERA !!! DIMANAKAH PAS KETIKA PERISTIWA 13 MEI ?!!


Hairan sungguh dengan tindak-tanduk pembangkang terutamanya PAS yang cepat melatah dengan pembikinan dan tayangan filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures dengan usahasama Finas yang bakal menemui penonton di seluruh negara pada 15 November depan.

Mana tidaknya, filem yang arahkan oleh sutradara terkenal, Datuk Shuhaimi Baba ini sudah dijatuhkan hukuman kononnya akan membangkitkan perasaan perkauman di kalangan penonton kerana menyelitkan adegan tragedi 13 Mei 1969.

Ini susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang meminta kerajan supaya menayangkan filem tersebut kepada wakil politik Pakatan Rakyat terlebih dahulu untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum atas alasan akan membangkitkan sifat perkauman di kalangan rakyat.

Kenapa PAS begitu lantang bersuara dalam perkara ini sedangkan filem Tanda Putera diterbitkan untuk meraikan semangat dua negarawan ulung yang tidak pernah kenal erti penat atau mengalah serta dan pengorbanan yang mereka lakukan demi negara yang tercinta.

Umum tahu, tragedi berdarah 13 Mei dikaitkan dengan isu perkauman tetapi Pesona Pictures dalam kenyataan medianya telah beberapa kali menjelaskan tidak ada watak pemimpin DAP dalam filem Tanda Putera.

Menurut Pesona Pictures lagi, majlis pra-tonton sesebuah filem hanya diadakan bagi kumpulan fokus, wakil media, artis yang terlibat, rakan dan keluarga mereka, wakil penaja dan bahagian pemasaran.

Oleh sebab majlis itu melibatkan kos tinggi, syarikat itu tidak dapat menunaikan semua permintaan yang dikemukakan termasuklah oleh wakil parti politik untuk pra-tonton.

Sejak treler filem ini yang hanya berdurasi 90 saat diedarkan di internet, terlalu banyak tuduhan dan dakwaan palsu yang mengelirukan serta tidak berasas telah dilemparkan oleh mereka yang belum lagi menyaksikan filem ini.

Mereka ini juga bukan daripada kalangan peminat filem tempatan tetapi tergamak cuba mempengaruhi rakyat Malaysia supaya memboikot filem yang belum disaksikan lagi.

Sedangkan adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei memakan masa hanya selama 10 minit daripada filem berdurasi 115 minit ini yang menjadi latar kepada cerita utama bagi menjelaskan mengapa Tun Dr Ismail yang telah bersara terpaksa kembali menyertai Kabinet.

Cerita utamanya ialah tentang Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga.

Ia juga menunjukkan kejayaan kedua-dua pemimpin itu menyatukan ketiga-tiga bangsa utama di negara ini selepas tragedi 13 Mei, kunci kepada keamanan negara sehingga ke hari ini.

Namun, demi menjaga kepentingan politik rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS sanggup muka mulut untuk menyelamatkan DAP yang selama ini dilihat sebagai pihak yang menjadi dalang kepada tragedi berdarah 13 Mei.

PAS juga mungkin bimbang penayangan filem Tanda Putera ini akan membuka mata dan minda penonton terhadap tragedi 13 Mei dalam konteks sebenar, sekaligus memberi imej buruk terhadap parti pembangkang terutamanya DAP.

Tambah kalut apabila fatwa haram mengundi dan menyokong mereka yang jelas dan secara terang-terangan menentang Islam seperti DAP yang dikeluarkan seorang tokoh agama sekolah pondok di Kelantan sedang hebat diperkatakan di seluruh negara ketika ini.

Jelas kini, PAS hanya boneka kepada DAP kerana sanggup membelakangkan perjuangan Islam untuk merealisasikan impian menuju ke Putrajaya bersama satu lagi parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat, yakni PKR.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, filem Tanda Putera perlu diberi sokongan sepenuhnya bukannya diboikot tanpa diberi ruang dan peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Kelmarin, Pesona Pictures telah mengumumkan bahawa filem Tanda Putera akan ditayangkan di seluruh negara pada 15 November nanti.

Penundaan 13 September juga tidak menjadi isu dan tarikh baru yang ditetapkan oleh Finas itu dikira paling sesuai bersempena dengan permulaan cuti sekolah hujung tahun selain dapat memberi lebih ruang dan masa kepada kedua-dua pihak untuk merancang promosi filem ini.

Yang paling penting, rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan mereka yang sengaja memberi gambaran salah supaya filem ini diboikot.

Saksikan filem ini dan buatlah kesimpulan sendiri kerana ia merupakan interpretasi Pesona Pictures tentang peristiwa yang berlaku setelah membuat kajian intensif.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk pihak pembangkang perlu menghormati hak syarikat itu sebagai pembikin filem dengan menyaksikan dulu keseluruhan filem berkenaan dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton semata-mata.

Filem Tanda Putera dibarisi pelakon handalan seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi yang antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

- Perak Today -

Laporan penuh MAGERAN : KLIK SINI

Hairan bin ajaib bila PAS yang meroyan kan...???

Dimana PAS sewaktu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ???

Adakah masing-masing menyorok celah kain bini ???

Apakah hak PAS nak cerita pasal 13 Mei 1969 ???

Apakah hak PAS nak pertikaikan filem Tanda Putera ???

Siapa Pakatan Haram yang perlu diajak ke tayangan perdana Tanda Putera ???

Eeeee... Tak malu sungguh !!!

Lebih baik PAS dan Pakatan Haram ambil cermin dan cermin muka sendiri.

Mungkin kalau Lim Kit Sial cermin muka sendiri, dia akan lihat apa yang telah dia buat semasa 13 Mei 1969 tu.

Jeritan dan wajah-wajah orang Melayu Islam yang dibunuhnya pasti menghantui...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??