Monday, 5 November 2012

JEMAAH HAJI BAKAL PULANG - TABUNG HAJI MEMANG TERBAIK !!!



Alhamdulilah penulis berjaya melengkapkan rukun haji maka selesailah ibadat haji penulis.

Ketika entri ini ditulis jemaah Haji KT 1 sudah pun sampai di tanah air.

Selepas 3 hari Aidul Adha, melakukan tawaf Wada, Penulis meninggalkan Mekah menuju ke Jeddah sebelum ke Madinah. 

Di sini penulis singgah di Komplek Hujaz Tabung Haji Jeddah.

Di sinilah jemaah Haji dikumpulkan mengikut maktab masing masing melalui proses dokumentasi, pasport, check in bag sebelum terus menaiki kapal terbang di lapangan Terbang King Abdul Azeez.

Pengurusan kepulangan jemaah haji Malaysia amat sistematik, teratur dan juga cukup rapi. 

Di komplek Hujaz Jeddah ini penulis lihat jemaah haji yang bakal pulang ke tanah air setelah lebih 40 hari bermusafir kelihatan ceria.

Jom kita tengok Tabung Haji buat hal menguruskan jemaah haji Malaysia..

 

Lagi.. Tengok sendiri kat SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??