Sunday 6 January 2013

DEEPAK TERPERANGKAP LAGI ?!!

Deepak hp

Saudagar Permaidani, Deepak Jaikishan menafikan buku Black Rose 1.0 yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu sebagai buku karangannya.

Beliau membuat penafian itu melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada semua editor akhbar-akhbar dalam talian (gambar atas).

SMS penafian itu terpaksa diambil Deepak berikutan banyak pihak yang mengaitkan nama beliau dengan e-book berkenaan.

“Black Rose yang disiarkan di beberapa laman web adalah satu bentuk penipuan, sila padamkan nama saya daripadanya (jangan kaitkan saya),” katanya hari ini.

black

Beliau ternyata kurang senang dengan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mengeluarkan e-book berkenaan dan mereka cerita.

Antara yang paling galak menyebarkan fitnah itu adalah Malaysiakini yang sudah tahu dari awal buku berkenaan bukan karangan Deepak kerana mereka telah pun menghubungi ahli perniagaan berkenaan ketika buku itu baru muncul di internet.

Walaupun Deepak telah membuat penafiaan ketika itu, portal berita anti kerajaan itu tetap menzahirkan kepada masyarakat kononnya buku Black Rose 1.0 adalah karangan Deepak.

Deepak sebelum ini memang berazam untuk menerbitkan sebuah buku dengan judul yang sama yang bertujuan untuk memburukkan nama Perdana Menteri dan keluarga beliau.

dee

Deepak yang mempunyai masalah dengan sebuah institusi kewangan dikatakan mahu Perdana Menteri dan keluarga membantunya keluar daripada kemelut tersebut.

Kredibiliti ahli perniagaan berkenaan dipersoalkan kerana sering mengubah kenyataan mengikut masa dan keperluan dengan tujuan kenyataan itu memihak kepada dirinya. - mynewshub




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??