Sunday 6 January 2013

MISTERI KEHILANGAN KANAK-KANAK 6 TAHUN TERJAWAB SELEPAS MAYATNYA DITEMUI !!! APA DOSANYA DIPERLAKU BEGITU ?!!


Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini?

KEJAM… inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna, Sabah kelmarin.

Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut.

Apa dosa Nureffa Sahira… apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa ?

Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan, kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada anak kita semua, Nauzubillah. - mynewshub


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??