Sesi muzakarah tertutup dicadangkan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan lebih 30 tahun dulu dan didakwa menjadi punca perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
Cadangan berkenaan diutarakan oleh salah seorang penonton di studio ketika siaran langsung program bual bicara RTM, Bicara Rakyat menerusi TV1 pada Jumaat malam.
"Saya mencadangkan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS dipanggil bersama beberapa tokoh yang tidak berkepentingan politik seperti mufti dan ahli akademik.
Program bual bicara berkenaan dikendalikan oleh pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mustar dan disertai oleh dua orang ahli panel iaitu Presiden Jati Datuk Dr Hassan Ali dan bekas aktivis PAS, Taharuddin Yaakob.
Sementara itu Hassan ketika ditemui pemberita selepas siaran langsung program bual bicara berkenaan membidas sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikeluarkan hari ini, yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Hassan berkata pendirian Mat Sabu itu ternyata berbeza dengan Majlis Syura Ulama PAS yang sebelum ini tegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. - Bernama
No comments:
Post a Comment