Monday, 25 February 2013

AMBABIGA MEROYAN MACAM MATI LAKI SEBAB TAK DAPAT TONTON FILEM TANDA PUTERA !!!



Kenyataan Ambiga Srenavasan semalam yang mempertikai pra-tonton tayangan filem ‘Tanda Putera’ kepada peneroka Felda baru-baru ini, dengan membangkitkan kononnya ia bermotifkan perkauman dilihat sebagai amat melucukan.


Dia yang dilaporkan berkata mengharapkan seorang negarawan sebagai pemimpin kerajaan dan bukannya seorang ahli politik tidak ubah seperti kata pepatah ‘meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri’.

Sebelum kita mengulas lebih jauh isu yang dibangkitkan berkaitan penayangan filem tersebut, ada baiknya kita melihat dahulu strategi dan gerakan pakatan pembangkang di negara ini.

Sejurus selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, pimpinan pakatan mula merasakan wujudnya kekuatan politik bilamana berjaya merampas beberapa kerusi parlimen dan berjaya menubuhkan 5 buah kerajaan negeri.

Bermula dari detik itu, pelbagai isu cuba dimainkan dan kebanyakkan menyentuh isu yang berbaur perkauman bagi menarik simpati rakyat secara keseluruhan.

Tambahan pula analisis keputusan yang dikeluarkan selepas itu juga menunjukkan indikator peralihan majoriti undi kaum berbangsa Cina dan India kepada pakatan pembangkang.

Maka hampir saban hari, mereka cuba mengetengahkan pelbagai isu-isu sentimen perkauman bagi memastikan momentum undi antara kaum terus dapat dikekalkan kepada mereka.

Sebagai contoh, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang sering berucap di majlis-majlis makan malam anjuran masyarakat Tionghua, acap kali membangkitkan isu sentimen kononnya bangsa Cina adalah kumpulan etnik ‘kelas ke dua’ di negara ini.

Kononnya ‘dasar ekonomi baru’ kerajaan adalah merupakan salah satu pendekatan untuk terus menindas dan menganiaya kumpulan bangasa tersebut.

Tidak cukup dengan itu, isu pemberian kad pengenalan kepada masyarakat India juga turut dipolitikkan kononnya sebagai satu usaha kerajaan untuk meminggirkan mereka.

Pendekatan ideologi ‘pluralisme’ atau kesamarataan dalam agama turut dimainkan sebagai satu usaha untuk menarik sokongan rakyat yang bukan beragama Islam.

Selain Anwar, anak perempuannya Nurul Izzah turut memberikan sokongan terbuka terhadap ideologi tersebut yang diungkapkan di dalam sebuah forum yang diadakan di gereja tidak lama dahulu.

Dan terbaru isu pengunaan kalimah Allah yang sengaja didendangkan tatkala rakyat sedang menanti untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13.

Mengapa isu ini sengaja dibangkitkan semula ?

Bukankah ia bertujuan untuk menarik minat sokongan rakyat khususnya penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak ?

Isu yang berbaur sentimen perkauman yang dinyatakan tadi hanyalah merupakan sebilangan kecil sahaja.

Dan sekiranya rakyat bijak menganalisa pasti akan berjumpa dengan puluhan malah ratusan lagi isu perkauman yang dimainkan oleh mereka bagi memastikan Anwar berjaya dimartabatkan sebagai perdana menteri.

Berbalik kepada isu tayangan filem tersebut, secara realitinya bertujuan untuk memastikan rakyat mengetahui fakta sejarah yang sebenar mengenai tragedi berdarah yang pernah mencalarkan imej negara suatu ketika dahulu.

Ini kerana, tokoh sejarahwan Indonesia, Promodya Ananta Toe pernah berkata, masyarakat yang tidak tahu sejarah, tidak akan mampu untuk memahami masa kini apatah lagi masa hadapan.

Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini kerana kita tidak tahu mengenai sejarah.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan rakyat dan masyarakat agar memahami dan celik mengenai sejarah.

Ia bagi memastikan agar kesalahan lampau yang membawa kehancuran kepada sesebuah bangsa dan peradapan negara tidak berulang kembali.

Kesimpulannya, kenyataan bekas presiden Majlis Peguam itu seharusnya berpijak kepada realiti yang sebenar, dan bukannya berselindung di bawah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sedangkan pada hakikatnya Ambiga adalah merupakan pemimpin yang berjuang atas nama pakatan pembangkang.

Lagi... BACA SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??