Wednesday, 20 February 2013

NASIHAT MANTAN PM TUN MAHATHIR !!!


tun bersama felda

Semalam kira-kira 3,000 peneroka FELDA telah hadir di PWTC didalam program ‘Warga FELDA Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad’.


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengenang kembali bibit perjalanan kehidupan warga FELDA ketika mula bergelar peneroka.

Beliau menasihati peneroka agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan tidak menggigit tangan yang membantu mereka.

Peneroka FELDA perlu mengimbas kembali jerih payah peneroka awal yang mebangunkan tanah rancangan bersama FELDA dan Kerajaan sehingga ke generasi hari ini sehingga kesenangan tersebut berjaya diraih.

Kesenangan yang dikecapi hari ini tidak datangnya bergolek tetapi dari keringat peneroka awal agar generasi hari ini dan seterusnya mampu hidup selesa.

Beliau turut menempelak golongan yang tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut peneroka untuk mensabotaj FELDA sendiri.

Malah lebih buruk menghasut peneroka untuk membenci FELDA dan Kerajaan tanpa berterima kasih kepada Kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa golongan ‘penyibuk’ ini tiada bukti kejayaan tetapi beria-ia mahu menjatuhkan FELDA malah berpesan kepada peneroka untuk mengambil segala bantuan yang diberikan FELDA dan Kerajaan, kemudian sabotaj pihak-pihak yang telah banyak berjasa dan membantu peneroka.

Beliau menasihati semua warga peneroka agar hidup menjadi seperti manusia yang tahu mengenang budi serta sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dikecapi pada hari ini.

Mengimbas kembali dari detik awal penubuhan FELDA ini, beliau menekankan bahawa Kerajaan telah berjaya mengangkat martabat dan menaikkan taraf hidup warga peneroka sehingga ada warga peneroka kini yang sudah mampu untuk mengupah pekerja bagi mengusahakan ladang masing-masing.

Dalam ucapan beliau kepada lebih kurang 3,000 orang warga peneroka itu, beliau mengingatkan hadirin bahawa skim FELDA adalah satu bentuk pertolongan dari satu umat Islam kepada umat Islam yang lain.

Turut hadir dalam majlis pagi tadi adalah timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Sumber : feldavoice.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??